Salam Perkenalan ^^


Wal Asr

Tambah Ilmu Lagi ^^

Eratkan Ukhuwah! ^_^

Like My Page ^^

Ruh Ukhuwah Islamiyah II

Thursday, 5 December 2013 - - 0 Comments

Salam ukhuwah...

Next chapter! Jom sambung perbincgn Ruh Ukhuwah Islamiyah kte yg lepas... Ruh Ukhuwah Islamiyah kedua ialah Nikmat Allah sama-sama dikongsi. Mcm terkena sgt kt batang hidung kita kan? Haha...

Ramai org mengiktiraf sahabat, mengucapkan ukhuwah fillah tanpa menyedari apa yg diucapkan akn mnjadi tanggungjawab buat dirinya. Mengaku sahabat, tapi kedekut sekali utk berkongsi?

"Ini aku punya, kau pergi cari yg lain" kebanyakannya terjadi dlm kalangan adik beradik bukan? Kadang kita melebihkan orang luar drpd keluarga sendiri. Sampai bila kita susah, keluarga juga lah yg ada utk kita minta bantuan. Malu lah nk mintak tolong org lain kan?

Sebenarnya amalan berkongsi ni bukanlah utk kawan2 dan family sahaja. Tapi utk semua umat Islam kerana sesungguhnya umat Islam itu bersaudara. Kalau kita masih mengamalkan perbezaan taraf, bagaimana ruh ukhuwah ini dpt diserap dlm jiwa kita?

>

So, husna nk kongsi cerita yg husna rasa ramai dh taw dh cerita ni. Tapi takpe, kte recall balik. Sesungguhnya manusia itu pelupa kan? Jom kte sama-sama amalkan ingat-mengingati. Kisah ini berlaku pada zaman Rasulullah.

Dalam peperangan Khandak, Rasulullah & para sahabat telah mempamerkan teladan pengorbanan dn persaudaraan yg sejati.

Imam Bukhari meriwayatkan dlm hadis sahihnya drpd Jabir r.a bahawa pd hari menggali kubu, "Kami telah direntangi oleh seketul batu pejal. Sahabat2 bertemu Rasulullah lalu menceritakan hal itu. Jawab Rasulullah: 'Nanti aku pecahkannya'. Kemudian baginda terus bangun sedangkan perut baginda diikat dgn batu (utk nenahan lapar) kerana 3 hari berturut-turut tdk menjamah makanan.

"Rasulullah lalu mencangkul batu itu sehingga hancur, kemudian aku berkata: 'Ya Rasulullah izinkan aku utk pulang ke rumah', kemudian aku berkata kpd isteriku: 'Aku lihat Rasulullah sudah tdk sabar (menanggung kelaparan) lagi. Apakah ada sesuatu utk dimasak?' Jawabnya, 'Aku ada biji2 bali dan seekor kambing betina.'

"Aku pun menyembelih kambing dan mengisar biji2 bali, kemudian aku masakkan kambing di dlm periuk. Setelah itu aku dtg menemui Rasulullah dan berkata: 'Saya ada sedikit makanan, ayuh wahai Rasulullah dgn seorang dua lagi.' Kemudian Rasulullah bertanya: 'Banyak manakah makanan itu?' Aku pun menceritakan kpd Rasulullah. Rasulullah berkata: 'Itu banyak, lagi baik. Katakan kpd isterimu, jgn angkat turun periuk dn juga roti; biarkanlah ia di ats dapur sehingga aku tiba'.

"Kemudian Rasulullah berseru kpd sekalian Muhajirin dan Ansar: 'Ayuh bangun dari tempatmu.' Di pertengahan jalan pula Rasulullah melaung: 'Wahai penggali2 kubu, ini dia Jabir telah menghidang mknn! Ayuh kesemua kamu!'"

Apabila Jabir masuk ke dlm rumah lalu berkata: "Apa katamu, Rasulullah tlh dtg bersama Muhajirin dan Ansar dan orang lain?"

Berkata isterinya: "Adakah Rasulullah tlh bertanyakan makanan itu?" Jawab Jabir:"Ya!" Balas isterinya: "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui."

Kemudian datanglah Rasulullah dan Baginda berkata: "Ayuh masuk dan jgn teragk-agak." Rasulullah mematah-matahkan roti dn meletakkan masakan daging di atasnya. Manakala periuk dan dapur memasak roti masih bertambah apabila diambil sehingga sekalian yg dtg merasa kenyang dan byk bakinya lagi.

Rasulullah berkata kpd isteri Jabir: "Engkau makanlah hidangan yg berbaki kerana manusia ditimpa kelaparan."

Dalam riwayat lain pula, kata Jabir: "Aku bersumpah demi Allah, mereka tlh memakan masakanku hingga kesemua mereka beredar ttpi periuk kami masih penuh spt mula lagi dan tepung kami masih boleh dibuat roti lagi."

Allahumma salli 'ala Muhammad wa 'ala alihi wa sahbihi wa sallim...

Hebat sungguh pekerti Rasulullah! Rasulullah sendiri turun padang dn terlibat dgn kerja menggali parit. Demikian juga, baginda tak sanggup melihat dirinya sahaja kekenyangan sedangkan para sahabatnya menekan perut kelaparan dan keletihan. Mulia sungguh akhlakMu Rasulullah :'(

Bagaimana pula dgn kita? Masih lagi dgn perbezaan taraf... Amat jarang sekali kita lihat seorang pengetua sanggup mengutip sampah, berkebun dan mengemas mambantu dan beramah mesra dgn pekerja. Ada seorang sahaja yg husna pernah jumpa walaupun tarafnya rendah sedikit drpd pengetua iaitu PK sekolah. Kadang2 waktu cuti hanya dgn ber t-shirt pagoda husna nampak beliau mengemas kawasan belakang sekolah dlm keadaan berpeluh-peluh... Dan kadang2 membaiki sendiri kerosakan alatan sekolah. Mmg husna tabik sgt PK ni.. Husna bangga jadik pelajarnya :)

So, jom renung2kan, selamat berukhuwah ^^

This entry was posted on 12/05/2013 05:49:00 pm and is filed under akhlak mulia , akhlak rasulullah , hadis sahih , Jabir r.a , kisah islam , kisah zaman Rasulullah , mukjizat , perang khandak , perjuangan , persaudaraan islam , riwayat bukhari , sahabat nabi , ukhuwah fillah . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: