Salam Perkenalan ^^


Wal Asr

Tambah Ilmu Lagi ^^

Eratkan Ukhuwah! ^_^

Like My Page ^^

Ruh Ukhuwah Islamiyah III

Tuesday, 10 December 2013 - - 0 Comments

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah hari ni Allah bg kita kesempatan utk sambung perbincangan mengenai Ruh Ukhuwah Islamiyah. Semalam Husna melawat saudara husna yg bersunat, tulah yg tak dapat sambung prbincgn ni. Tp husna tetap brkongsi jugak dgn tajuk lain mengenai tokoh ilmuwan kan? Menjerit-jerit si kecik 2 orang tu, berlari-lari naik turun tangga maknya uruskan, terserlah keprihatinan dn kasih syg seorang wanita bergelar ibu :)

Okeh jom sambung perbincangan kita! Ruh Ukhuway Islamiyah ke3 ialah Berkasih sayang, bertemu dan berpisah, serta mencintai seseorang kerana Allah...

Ada seseorang berada di samping Rasulullah lalu salah seorang sahabat berlalu di depannya. Orang yg berada di samping Rasulullah tadi berkata: "Aku mencintai dia, ya Rasulullah." Lalu Nabi menjawab: "Apakah kamu telah memberitahukan kpdnya?" Orang tersebut menjawab: "Belum." Kemudian Rasulullah bersabda: "Beritahukan kpdnya." Lalu orang tersebut memberitahukan kpdnya seraya berkata: "Sesungguhnya aku mencintaimu krn Allah." Kemudian org yg dicintai itu menjawab: "Semoga Allah mencintaimu kerana engkau mencintaiku keranaNya."
(diriwayatkan Anas bin Malik)

Hadis di atas menjelaskan mengenai keutamaan berkasih sayang krn Allah. Ini lah roh Ukhuwah Islamiyah yg diteladankn oleh Rasulullah. Husna nk ceritakan satu kisah mengenai kasih sayang kerana Allah...

Diriwayatkan oleh Imam Malik dlm al-Muwatha' drpd Abi Idris al-Khaulany bahawa ia berkata:

"Aku pernah memasuki Masjid Damsyik. Tiba2 aku jumpa seorang pemuda yg sgt pemurah senyumannya. Ramai org mengerumuninya. Jika mereka berselisih ttg sesuatu maka mereka mengembalikan kpd pemuda tersebut & meminta pendapatnya.

Aku bertanya org ramai ttg dia, lalu dikatakan oleh mereka: 'Ini Muaz bin Jabal'

Keesokan harinya, pagi2 lagi aku datang ke masjid itu lagi dan aku dapati Muaz bin Jabal telah pun berada di sana sedang melakukan solat. Aku tunggu sampai beliau selesai melakukan solat, kemudian aku temuinya dan ucapkan salam kepadanya.

Aku berkata: 'Demi Allah aku mencintaimu.'

Muaz bertanya: 'Apakah Allah tidak lebih kau cintai?'

Aku jawab: 'Ya, Allah lebih aku cintai.'

Lalu dia memegang hujung selendangku dan menariknya seraya berkata: 'Bergembiralah krn sesungguhnya aku pernah mndengar Rasulullah bersabda: Allah berfirman:  CintaKu pasti akn diperoleh oleh org yg saling memadu cinta kerana Aku, saling mengunjungi keranaKu dan saling memberi kerana Aku.'"

Bilamana kita mengasihi saudara seiman kita kerana Allah maka kita tidak akan nampak melainkan yg baik2 belaka kerana kita memandangnya dgn perasaan kasih. Satu lagi kisah...

Ada seorang yg menyertai Ibrahim bin Adham. Ketika berpidah, dia berkata: "Tuan, apabila tuan berkenan, katakanlah kekurangan2 yg ada pd diri saya."

Ibrahim bin Adham berkata: "Saudaraku, aku tidak melihat kekurangan apa pun daripadamu. Kerana aku memandangmu dgn pandangan cinta kasih. Tanyakanlah kekurangan itu pd org lain saja. Berusahalah engkau menjaga keselamatan saudaramu drpd kekurangan yg kamu lihat drpd dia. Janganlah engkau ceritakan kpd org lain. Kerana yg demikian itu lebih berguna bg dirimu."

Daripada 2 cerita di atas, Itulah ukhuwah fillah dan sahabat yg sebenar. Seorang sahabat sepatutnya perlu menutup segala aib sahabatnya walau sekecil-kecil aib. Tapi masih ada sahabat yg menikam dr belakang sehingga kita sendiri takut utk mempercayai sesiapa pun walau sahabat kita sendiri. Ternyata amat sukar utk mencari seorang benar2 bergelar sahabat. Namun bila koranh jumpa yg sebenar-benar sahabat, peganglah dia dn jangan pernah lepaskan! Kerana mungkin korang takkan pernah jumpa yg lain sepertinya :')

Jom contohi sahabat Rasulullah dlm bersahabat ^^

This entry was posted on 12/10/2013 03:26:00 pm and is filed under bertemu berpisah , cinta kerana allah , hadis sahabat , hubungan manusia , kisah persahabatan , menjaga aib , mu'az bin jabal , persaudaraan islam , roh ukhuwah islamiyah , ukhuwah fillah , ukhuwah islamiyah . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: