Biskut Cornflakes
Thursday, 23 June 2016 - - 0 Comments
Bahan
Tepung kek 2 1/2 cawan
Tepung gandum 1 cawan
Kuning telur 2 biji
Gula kastor 2 cawan
Butter 1 buku
Cornflakes 1 kotak - chop
Esen vanila 1/2 st
Cara
1) Ayak tepung gandum bersama tepung kek
2) Tuang kuning telur satu persatu sambil peroi2 kan dengan tepung yg diayak
3) Pukul gula, butter dan esen vanila menggunakan mixer
4) Masukkan campuran yg telah dipukul sikit2 ke dalam tepung sambil peroi2 kan dan uli
5) Apabila doh telah lembut, masukkan cornflakes yg telah diblend/chop sikit2 sambil uli
6) Panaskan oven pada suhu 150℃
7) Bentukkan doh menjadi bulat kecil2, kemudian tekan menggunakan tengah telapak tangan supaya doh menjadi bentuk cookies
8) Sapukan loyang dengan mentega dan susun doh yg telah dibentuk
9) Bakar selama 15 minit atau hingga masak
Kuih Bakar/Bangkit Santan ASLI
- - 0 Comments
Bahan
Tepung ubi 3 cawan
Tepung gandum 1/2 cawan
Gula icing 1 cawan
Kuning telur 2 biji
Santan 1 1/2 cawan
Cara
1) Goreng tepung ubi & gandum dgn api kecil tanpa minyak hingga ringan
2) Didihkan santan dan ketepikan
3) Ayak tepung ubi & gandum
4) Ayak gula icing. Masukkan kuning telur dan pukul guna sudu
5) Masukkan campuran gula dan telur sikit2 ke dalam tepung yg diayak sambil peroi2 kan guna tangan
6) Masukkan santan sedikit demi sedikit sambil gaul dan uli. Uli hingga doh boleh dicanai (boleh digelek tanpa pecah)
7) Lapikkan plastik di atas dn di bawah doh kemudian gelekkan mengikut ketebalan yg sesuai
8) Tekan doh yg telah digelek menggunakan acu
9) Sapukan dulang dgn mentega. Susunkan doh yg telah dibentuk ke atas dulang.
10) Panaskan oven pada suhu 150˚C kemudian bakar dgn api atas bawah selama 15 minit
Biskut Arab Cair Di Mulut
Sunday, 19 June 2016 - - 0 Comments
Bahan
Tepung gandum 200g
Gula Icing 100g
Minyak sapi yang telah dicairkan 100g
Susu tepung 3 sudu
Cara
1) Goreng tepung gandum dengan api kecil sehingga ringan
2) Ayak tepung, kemudian ayak gula icing
3) Kacau guna sudu gula icing dan minyak sapi sehingga sebati
4) masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil gaul guna tangan sehingga peroi. Kemudian uli hingga boleh dibentuk
5) Panaskan oven 150 darjah celcius
6) Sapukan loyang dengan butter
7) Bulat2 kan doh dan tekan sedikit semasa susun di atas dulang (supaya tak bergolek)
8) Letakkan loyang di bahagian tengah oven
9) Bakar dengan menggunakan api bawah sahaja selama 20 minit
10) Keluarkan dari oven dan golekkan di atas susu tepung semasa biskut sedang panas
Semperit Tradisional
Monday, 13 June 2016 - - 0 Comments
Bahan
-Tepung jagung 3 cawan
-Tepung gandum 1 1/2 cawan
-Gula icing 1 cawan
-Kuning telur 4 biji
-Butter/planta 6 sudu besar
-Choc/nescafe emulco (optional) 1 sudu besar
Cara
1) goreng tepung jagung dan tepung gandum atas kuali dengan api kecil sehingga ringan
2) tutup api dan biarkan sehingga tepung sejuk
3) ayak tepung yg telah sejuk
4) masukkan gula icing ke dalam tepung dan kacau rata
5) masukkan kuning telur satu per satu sambil gaul hingga peroi
6) masukkan emulco (jgn gaul)
7) masukkan planta/butter 5 sudu sikit demi sikit, sambil uli dengan tangan yg kering
8) masukkan planta/butter sudu yg keenam mengikut keperluan (hingga doh sesuai utk ditekan menggunakan acu)
9) Panaskan oven 150°
10) tekan doh menggunakan acu ke dalam loyang (tak perlu sapu butter)
11) bakar dengan suhu 150° selama 20 minit atau hingga masak
Cili Giling Fresh
Sunday, 5 June 2016 - - 0 Comments
Cara
1) potong tangkai cabai kering, gunting di tengah cabai dan tarik keluar biji cabai
2) rendam di dalam air 1 jam
3) basuh dan toskan
4) tambah secawan air dan blend
5) freezekan di dalam peti sejuk
Sambal Udang Tumis Petai
- - 0 Comments
Bahan
Udang 2 genggam
Cili giling 3 sudu
Bawang merah 5 biji
Bawang besar 1 biji
Asam jawa 1/2 sudu teh
Air 1 cawan
Petai 3 papan dibuang kulit
Garam 1/2 sudu teh
Cara
1) Tumis bawang merah
2) masukkan cili giling goreng hingga pecah minyak
3) masukkan bawang besar
4) masukkan udang
5) masukkan petai
5) masukkan asam jawa adabi
6) masukkan air dan garam
7) kecilkan api dan gaul hingga petai kekuningan
8) hidangkan