Indahnya Bulan!
Sunday, 28 May 2017 - Labels: baitul muslim, cahaya dalam kegelapan, ceramah, individu musli, kalamullah, keindahan bulan, majlis ilmu, masyarakat muslim, orang beriman, surah Nuh, tadabbur, usrah, ustaziyatul alam - 0 Comments
Assalamualaikum w.b.t
Lamanya dah tak menulis. Minda pun dah kering, susah nak mengarang ayat walau pun cuma nak meluahkan apa yang dirasa kepada sahabat sendiri. Aduh susahnya mengolah perasaan kepada ayat! Macam mana Al-Quran mampu menyentuh hati, menukar cara pandang, memujuk, memberi nasihat, memberi saran, meberi jalan berfikir kepada manusia yang beriman ya? Itulah Kalamullah, tiada yang setanding dengannya. Milik-Nya lah segala yang diciptakan-Nya. Kita sgt perlu berterima kasih dekat Rasulullah dan sahabat yang bersungguh-sungguh untuk Al-Quran ni sampai kepada kita. Selawat dan salam ke atas mereka.
Jumaat malam Sabtu yang lepas, Husna duduk-duduk dengan sahabat merangkap family usrah, Amani. Malam Ramadhan pertama. Tenang sangat malam tu, duduk dengan bertemankan lampu handphone yang dimalapkan dengan botol air, sambil supper nasi lemak sebungkus kongsi dua orang dan sepaket biskut tiger yang dihadiahkan kakak usrah kesayangan, berhadapan bantai gelap pekat yang menampung kapal-kapal bercahaya, dan dialunkan bunyi-bunyi deruan ombak. Subhanallah, moga terabadi memori tu haha... Hubbun lillah. Mula perbualan mengenai kapal-kapal bercahaya atas laut yang ditadabburkan sebagai orang-orang beriman sebagaimana yang disebut dalam Surah Al-Hadid, 57:12-15.
(Pada saat itu) mereka (yang munafik) menyeru orang-orang yang beriman (sambil berkata): "Bukankah kami bercampur gaul dengan kamu (di dunia dahulu)?" Orang-orang yang beriman menjawab: "Benar! Akan tetapi kamu telah membinasakan diri kamu (dengan perbuatan munafik) dan kamu telah menunggu-nunggu (kebinasaan umat Islam), dan kamu pula ragu-ragu (terhadap perkara-perkara agama) serta kamu diperdayakan oleh angan-angan kosong (untuk mencapai maksud kamu), sehinggalah datangnya (maut) yang ditetapkan oleh Allah (kepada kamu). Dan (selain itu), kamu pula diperdayakan oleh bisikan Syaitan dengan (pengampunan) Allah (semata-mata dan melupakan azabNya).
Dalam kegelapan yang pekat tu, hanya orang beriman yang diberikan cahaya. Pernah tak duduk dalam gelap? Black out? Sorang-sorang? Sunyi? Mesti rimas kan? Rasa tak selamat. Bila jumpa satu sumber cahaya mesti terus gerak nakkan cahaya tu kan? Orang-orang beriman tu mcm kapal-kapal yang bercahaya dalam kegelapan pekat malam atas laut tu. Best nya... Nak jadi orang beriman tak?
Dengan Amani tadi, kami sambung dengan sembang-sembang mengenai jahiliyah kami yang lepas, gelak2 lah... Kelakar sungguh hidup tanpa Allah di hati dulu2, sedih pun ada jugak. Tapi simpan lah haha... Next kami gerak kepada masalah umat yang berkait Baitul Muslim. Tidak mudah untuk kita mendirikan Baitul Muslim. Nak dirikan mesjid... benda baik, kena cepatkan. Tapi kalau tiang-tiang masjid tu tak kukuh apa guna masjid tu? Ya Allah penat lelah kita cuba dirikan masjid, tapi masjid tu tak de yang mengimarahkan, lebih sedih lagi bila masjid tu roboh akibat tiang yang tak kukuh. Kami buka Surah Nuh, 71:26-27
Besar peranan Baitul Muslim dalam membentuk Masyarakat Islam. Membentuk Individu Muslih saja dah susah. Lebih lagi Baitul Muslim yang akan melahirkan masyarakat muslim. Memang hukum perkahwinan tu mengikut keadaan seseorang iaitu apabila tidak mampu dia menahan nafsu syahwatnya, maka ia wajib berkahwin. Tapi nak ke kita kahwin sebab tak mampu kawal nafsu syahwat? Nauzubillahi min zalik. Sebenarnya Allah dah ajar baanyakk cara utk kawal nafsu syahwat. Jadi yang sebaiknya dilakukan ialah belajar dulu, carilah kefahaman dengan hati dulu. Tak tahu nak cari kat mana? Mintalah petunjuk dari Allah! Allah takkan menghampakan harapan hambaNya yang berharap hanya kepadaNya. Moga kita sentiasa dalam hidayah-Nya.
Ok, cuba bayangkan bulan yang kita lihat di televisyen, di youtube. Banyak je kan bulan-bulan yang cantik? Bulan merah lah, Bulan penuh lah... Tapi kan, cuba kita keluar waktu malam, untuk tengok bulan. Dongak ke langit untuk melihat bulan, ternampak pulak bintang-bintang yang mengelilingi bulan bagaikan mutiara-mutiara di langit. Di sapa angin malam yang sejuk, dialunkan pula dengan bunyi-bunyi malam. Masha-Allah damai sangat.
Itulah perumpamaan tengok majlis ilmu dalam kaca hp, tv dan laptop. Mungkin banyak orang yang disibukkan dengan dunia berkata, "Ilmu agama di mana-mana, CD ceramah banyak, dalam kereta pun boleh dengar ceramah, tak perlu membazir masa pergi majlis ilmu, benda sama je yang disampaikan." Lain sungguh sebenarnya feel dia bila duduk live dalam majlis ilmu yang dinaungi sayap-sayap malaikat. Kita dapat 'rasa' ilmu tu. Tak percaya? Pergilah, cubalah dengan membawa hati yang betul-betul berada dalam majlis ilmu tu. Rasai kelainannya!
Wallahua'lam
This entry was posted on 5/28/2017 07:07:00 pm
and is filed under
baitul muslim
,
cahaya dalam kegelapan
,
ceramah
,
individu musli
,
kalamullah
,
keindahan bulan
,
majlis ilmu
,
masyarakat muslim
,
orang beriman
,
surah Nuh
,
tadabbur
,
usrah
,
ustaziyatul alam
.
You can follow any responses to this entry through
the RSS 2.0 feed.
You can leave a response,
or trackback from your own site.
0 comments:
Post a Comment