Kek Coklat Nasi
Monday, 4 September 2017 - - 0 Comments
Assalamualaikum...
Alhamdulillah saya dapat update blog hari ni. Hampir habis cuti semester 2 bulan. Cuti yang sangat mencabar iman dan mutabaah amal. Syukur dikurniakan akhowat yang sentiasa ambil tahu perkembangan semasa diri ni. "Mujahadah itu tak mudah", selama ni tau tulis je ayat tu. Sekarang baru rasa. Memang susah mujahadah terhadap unsur-unsur luar. Tetapi yang lebih susah tu sebenarnya mujahadah dengan diri sendiri. Sebab tu lahirnya istilah jihad melawan nafsu. Syaitan tak kenal erti rehat mendatangi kita dengan pelbagai cara.
Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus;
"Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur".
(Al A'araf: 16-17)
Untuk kita melawan bisikan-bisikan tu, yang pertama kita sendiri kena sedar bahawa itu adalah bisikan. Mungkin kita tak mampu nak sedar, berkongsilah dengan orang lain. Mungkin mereka nampak apa yang kita tak nampak. Macam akhowat :)
Kita kena support each other untuk buat tujuan hidup kita abid dan khalifah tu. Kita takkan mampu buat sorang-sorang punya. Percaya lah. Ada sebab kenapa Allah ciptakan manusia dengan pelbagai jenis pertalian. Jangan sombong, ok? Wahai sombong, nyah kau dari abid yang bernama Husna! Haha... Okeh jom sambung resipi kek coklat nasi.
Kenapa nama resepi kek coklat nasi?? Jangan risau, tak masuk beras pun haha... Cuma masa first time buat kek ni, adik bongsu yang tak suka kek tu sekali cedok makan macam nasi. Kejap je licin haha... Kek ni jenis macam kek anis tu. Sedap dan mudah, boleh lah try 😉
Bahan
3 biji telur
1 cawan minyak
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko
1 1/4 cawan tepung kek
Cara
1. Blend semua bahan kecuali tepung kek
2. Tapis ke dalam bekas
3. Masukkan tepung kek sambil kaup balik
4. Masukkan dalam loyang yang di gris
5. Kukus atau bakar 170℃ selama 45 minit.
6. Biarkan 10 minit dalam oven sebelum diangkat.
Lirih doa Rasulullah di Thaif
Wednesday, 23 August 2017 - Labels: dakwah, doa rasulullah, kasih rasulullah, kemaafan, menghempap gunung, perjuangan, sirah, sunnah, Thaif, zuriat yang baik - 0 Comments
Assalamualaikum wbt...
Dipertemukan dgn doa ni saat hati lemah. Beserta kisah Rasulullah yg sarat dengan ibrah. Bagaimana Rasulullah kekasih Allah diuji dengan ujian yg luar biasa. Dibandingkan dengan ujian yg sedang dirasa sekarang, tak layak langsung dibandingkan. Kebergantungan yg tinggi terhadap Allah Ar-Rahim. Ketidak putus asaan kerana yakin dengan cinta dan keyakinan. Sifat kemaafan yg luar biasa.
Kisah bermula apabila Rasulullah keluar ke Thaif yg jaraknya lebih 60 batu dari Mekah bersama Zaid b Harithah. Sepanjang perjalanan, Rasulullah menyeru setiap kabilah yg baginda lewati kepada Islam. Tp tidak diendahkan. Semasa Rasulullah berada di kalangan penduduk Thaif selama 10 hari, tidak ada seorang pembesar pun yg tidak didakwah. Namun maki hamun yg diterima. Dilontar anak2 batu kerikil hingga pecah dan luka2 kaki baginda. Rasulullah berlindung di sebalik tembok, dn berteduh di sebalik pohon anggur. Masa nilah doa Rasulullah yg amat sayu terlafaz, yg maksudnya
Wahai Tuhanku, kepadaMu aku mengadukan lemahnya kekuatanku, sempitnya ikhtiarku dan hinanya aku di mata manusia.Wahai Tuhan, Engkau yang lebih pengasih dari semua pengasih, Engkau pelindung orang-orang yang lemah dan Engkaulah Tuhanku. Kepada siapakah Engkau menyerahkan diriku ini?. Kepada yang jauh dan menghadapiku dengan muka masam, atau kepada musuh yang membenciku ?. Kalau Engkau tiada murka kepadaku, tiadalah mengapa. Tetapi maafMulah yang sangat aku dambakan. Aku berlindung di bawah nur (cahaya)Mu yang menerangi semua kegelapan, dan dengan cahaya itulah urusan dunia dan akhirat akan menjadi baik, janganlah kiranya Kau turunkan murkaMu kepadaku. Demi Engkaulah aku rela dihinakan, asal Kau masih rida padaku. Tiada daya upaya, dan tiada kekuatan, kecuali dariMu.
Semasa perjalanan pulang ke Makkah dengan perasaan dukacita, Jibril diutus bersama malaikat penguasa gunung-ganang untuk mendapat perintah dari Baginda untuk menghempap penduduk Thaif dgn bukit Al-Akhsyabain. Tahu apa jawapan Rasulullah? "Tapi apa yg ku harapkan ialah Allah mengeluarkan zuriat dari keturunan mereka itu benih2 yg akan menyembah Allah tanpa mempersekutukan Allah sesuatu apa pun" .
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد 😢
Kita takkan mampu menjadi seperti Rasulullah, tp kita mampu mengerah daya untuk mengikut jejak Rasulullah dalam perjalanan hidup menggapai redha Allah, insyaAllah.
Wallahua'lam
Kek Butter Ciksu
Thursday, 10 August 2017 - - 0 Comments
BAHAN
250g butter, lembutkan
1 cwn gula kaster
2 st esen vanila
3 biji telur
2 1/2 cwn tepung naik sendiri
2/3 cwn susu cair
CARA
1. Panaskan oven pada suhu 180℃. Griskan loyang.
2. Putarkan butter, gula kaster, dan vanila dengan kelajuan tinggi hingga ringan dan gebu.
3. Masukkan telur satu per satu sambil terus putar.
4. Tambahkan separuh daripada sukatan tepung. Putar perlahan. Tambahkan separuh susu cair dan putar perlahan.
5. Tambahkan baki tepung dan susu cair. Kaup balik.
6. Tuangkan bancuhan ke dalam loyang. Bakar selama 1 jam.
7. Setelah siap, biarkan di dalam oven yang telah dimatikan selama 10 minit.
8. Angkat dan hidangkan.
Jus Lega
Wednesday, 9 August 2017 - - 0 Comments
Bahan
Madu
Bawang putih
Lemon
Cider Apple
Halia
*kupas semua yg perlu dikupas
Cara
1. Masukkan 6 labu bawang putih ke dalam slow juicer.
2. Tandakan/catat sukatan bawang putih tersebut.
3. Slow juice kan lemon dan halia mengikut sukatan bawang putih.
4. Masukkan apple cider dengan amaun yang sama.
5. Masak kesemua bahan yang dicampur, kecuali madu dengan api kecil sambil dikacau dengan senduk kayu.
6. Selepas 1/2 jam, angkat dan sejukkan.
7. Tambah madu dengan sukatan yang sama dengan bawang putih, kacau.
8. Simpan di dalam peti ais. Boleh tahan dalam 2-3 minggu.
9. Ambil dalam 10ml 2 kali sehari
Roti Jala
- - 0 Comments
Bahan
3 cawan tepung gandum
3 cawan air
1 biji telur
Secubit garam
Pewarna (kunyit/pewarna kuning telur/daun pandan)
Cara
1. Kacau semua bahan dalam mangkuk dulu.
2. Masukkan bancuhan ke dalam blender. Separuh demi separuh.
3. Blend kan.
4. Masukkan dalam botol/acuan roti jala.
5. Griskan kuali leper. Menjala dengan skill yang terlatih di atas api yg sangat perlahan
6. Lipat bila mula kering guna 2 sudu. Angkat.
Ketakutan Dan Harapan
Sunday, 11 June 2017 - Labels: Al-A'araf, al-Quran, as-syakur, berdoa, burung, cinta akhirat, cinta dunia, harapan, ketakutan, Khalilullah, pencari kebenaran, sayap, seimbang, tadabbur, tawakkal, usaha - 0 Comments
Nuggets Aysar
Thursday, 8 June 2017 - - 0 Comments
Isi ayam potong kecil ikut saiz nuggets yang kita nak.
Gaul garam dan serbuk lada hitam.
Celup dalam sebiji telur yg telah dipukul.
Golek dalam nestum.
Panaskan kuali leper, cairkan mentega sesudu.
Goreng nuggets, balik-balikkan sehingga masak.
Angkat, sejukkan dan ngap! Yum yum.
Baki boleh freeze kan
Baru 7 kali Usrah Dah Pandai Tepis Fatwa???
Tuesday, 6 June 2017 - Labels: faqih dalam agama, hidup dengan al-quran, mengenal al-quran, mengikut-ikut, sangkaan jahiliyah, tadabbur, tafsir, takwil, terjemah, usrah - 0 Comments
- Suruhan Tuhan mengenai tadabbur menunjukkan bahawa ilmu Al-Quran adalah satu ilmu yang tidak susah untuk diusahakan.
- Hati yang bersih adalah diperlukan untuk mentadabburkan Al-Quran. (Muhammad:24)
- Hasil tadabbur akan dapat dirasa apabila manusia berterusan secara istiqamah membaca Al-Quran.
2) Faham Bahasa Arab
3) Menumpukan hati -
4) Faham latar belakang surah/ayat (melalui sirah)
5) Wujudkan perasaan Al-Quran diturunkan untuk kita
6) Sedar siapa kita (abid dan khalifah)
Dua Dekad
Sunday, 4 June 2017 - Labels: dunia fana, hidup abadi, kemanisan iman, mastautin, Mu'adz, Muhammad Al-Fateh, mujahadah, Mus'ab, pemuda islam, perjuangan, Sa'ad, syabab, syahid, Zaid - 0 Comments
Assalamualaikum
Bismillah...
Genap dua dekad mastautin ku di sini
Dua dekad panjang masa pencarian
Sampai akhirkah pencarian ini?
Akhir yang tak pasti
Saat manakah aku kan melangkah
Menghadap realiti dunia fana
Menghadap musuh yang melata
Berbakti pada agama
Menyelamat umat yang tujunya entah ke mana
Masih dalam persoalan dan dilema
Sedang syabab sebayaku mampu menakluk dunia
Mus'ab menjual dunia untuk akhirat
Muhammad Al-Fateh menakluk konstantinopel
Sa'ad melontar panah yang tak pernah sasar
Zaid menulis dan mengumpul wahyu
Mu'adz mengorbankan tangan demi pembelaan
Mana aku?
Bersengkang mata menelaah teori-teori Barat
Mengejar kemodenan yang tak berpenghujung
Mengidamkan kehormatan yang tak mungkin ku dapat
Memburu harta dunia yang takkan pernah cukup
Bangunlah aku!
Tiada masa untuk terus bermimpi
Angkat senjatamu demi agama
Pancung musuhmu atas namaNya
Idamkan hidup abadi di sana
Syurga menantimu
P/s: senjata dan pancung tu metafora puisi je eh. Japgi masuk jail tak pasal pulak huhu
Wallahua'lam
Kera Modern
- Labels: Al-Baqarah, Fi Zilalil Quran, kaum yahudi, kesombongan jahiliyah, Kisah Bani Israel, lesbian yang beriman, maknawi, menjadi kera, Peristiwa hari sabtu, puisi Heliza Helmi, Syed Qutb, Tafsir Ibn Kasir - 0 Comments
Inti Karipap
Tuesday, 30 May 2017 - - 0 Comments
Lada hitam tumbuk. Ambik satu sudu teh. Klu beli yg serbuk pun boleh.
Bawang besar sebiji. Potong dadu.
Ubi kentang 2 biji. Potong dadu.
Cara.
Boh minyak sesudu dlm kuali. Panaskan.
Masuk bawang dan lada hitam. Cepat2 masukkan daging cincang atau ayam dipotong dadu.
Goreng2 kmdn masukkan sedikit air.
Masukkan kentang.
Boh air secawan ditambah sedikit garam.
Tutup kuali. Guna api kecil.
Bila kering, try le kentang dah empuk ke tak. Klu belum tmbh lg air.
Dah betul2 empuk, blh angkat tak perlu kering sgt sbb nak buat lauk je.
Klu nak buat karipap, kasi kering.
Sardin Tumis MNZ
- - 0 Comments
Bawang putih seulas
Bawang merah 4 biji
Belacan sikit
Cili kering 10 tangkai. Kesemuanya blend dgn sedikit air.
Bawang besar sebiji dipotong ikut suka.
Panaskan kuali.
Tumis satu senduk minyak. Tuang bhn blend. Smpi pecah minyak cabai tu.
Boh bawang besar dan sardin satu tin kecil. Add sikit garam.
Goreng le. Kmd tmbh sikit air dan asam jawa. Tutup kuali sbb dia merecik. Api perlahan.
Kentang Goreng
- - 0 Comments
Potong kentang 8.
Bentuk wedges.
Gaul sikit garam.
Pastu ambil segenggam tepung beras gaul.
Satgi kentang tu berair.
Masa nak goreng tu ambil kentang, tinggalkan air.
Jgn tonggeng semua nanti air masuk.
Meletup2 klu ada air.
Guna minyak byk senang.
Balik2kan le.
Layakkah Aku
Monday, 29 May 2017 - Labels: abid, jahiliyah, khalifah, layakkah aku, pantai, pilihan Allah, puisi, sajak - 0 Comments
Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim...
Lama ku lemas terkapai
Hampir hanyut pergi di bawa arus jahiliyah
Dipejam mata pohon belas sepenuh hati
Dari Tuhan satu-satunya harapan
Tersedar ada tangan yang dihulur ingin menyelamat
Berfikir seminit dua
Apa benar ia pertolongan atau tolakan
Saat kepastian ditemukan
Pantas ku paut tangan itu, erat.
Tak ingin ku lemas kembali
Sampai di tepian pantai ku terdampar
Belum sempat berdiri ku diseru
Selamatnya aku kerana terpilih
Terpilihnya aku bersyarat
Abid dan khalifah dikendong di belakang
Mampukah aku
Layakkah aku
Tugas yang tak sanggup sang gunung pikul
Apa lagi aku yang rapuh
Diberi kitab sebagai panduan dan peringatan
Terasa ringan sedikit dengan pujukan dan janji-janji yang pasti
Takkan ku goyah dengan Tuhan di setiap langkah
Nikmat abadi pendorong semangat
Maju berbuat kerana yakin dan percaya
Pilihan Tuhan tak pernah salah
Indahnya Bulan!
Sunday, 28 May 2017 - Labels: baitul muslim, cahaya dalam kegelapan, ceramah, individu musli, kalamullah, keindahan bulan, majlis ilmu, masyarakat muslim, orang beriman, surah Nuh, tadabbur, usrah, ustaziyatul alam - 0 Comments
Assalamualaikum w.b.t
Lamanya dah tak menulis. Minda pun dah kering, susah nak mengarang ayat walau pun cuma nak meluahkan apa yang dirasa kepada sahabat sendiri. Aduh susahnya mengolah perasaan kepada ayat! Macam mana Al-Quran mampu menyentuh hati, menukar cara pandang, memujuk, memberi nasihat, memberi saran, meberi jalan berfikir kepada manusia yang beriman ya? Itulah Kalamullah, tiada yang setanding dengannya. Milik-Nya lah segala yang diciptakan-Nya. Kita sgt perlu berterima kasih dekat Rasulullah dan sahabat yang bersungguh-sungguh untuk Al-Quran ni sampai kepada kita. Selawat dan salam ke atas mereka.
Jumaat malam Sabtu yang lepas, Husna duduk-duduk dengan sahabat merangkap family usrah, Amani. Malam Ramadhan pertama. Tenang sangat malam tu, duduk dengan bertemankan lampu handphone yang dimalapkan dengan botol air, sambil supper nasi lemak sebungkus kongsi dua orang dan sepaket biskut tiger yang dihadiahkan kakak usrah kesayangan, berhadapan bantai gelap pekat yang menampung kapal-kapal bercahaya, dan dialunkan bunyi-bunyi deruan ombak. Subhanallah, moga terabadi memori tu haha... Hubbun lillah. Mula perbualan mengenai kapal-kapal bercahaya atas laut yang ditadabburkan sebagai orang-orang beriman sebagaimana yang disebut dalam Surah Al-Hadid, 57:12-15.
(Pada saat itu) mereka (yang munafik) menyeru orang-orang yang beriman (sambil berkata): "Bukankah kami bercampur gaul dengan kamu (di dunia dahulu)?" Orang-orang yang beriman menjawab: "Benar! Akan tetapi kamu telah membinasakan diri kamu (dengan perbuatan munafik) dan kamu telah menunggu-nunggu (kebinasaan umat Islam), dan kamu pula ragu-ragu (terhadap perkara-perkara agama) serta kamu diperdayakan oleh angan-angan kosong (untuk mencapai maksud kamu), sehinggalah datangnya (maut) yang ditetapkan oleh Allah (kepada kamu). Dan (selain itu), kamu pula diperdayakan oleh bisikan Syaitan dengan (pengampunan) Allah (semata-mata dan melupakan azabNya).
Dalam kegelapan yang pekat tu, hanya orang beriman yang diberikan cahaya. Pernah tak duduk dalam gelap? Black out? Sorang-sorang? Sunyi? Mesti rimas kan? Rasa tak selamat. Bila jumpa satu sumber cahaya mesti terus gerak nakkan cahaya tu kan? Orang-orang beriman tu mcm kapal-kapal yang bercahaya dalam kegelapan pekat malam atas laut tu. Best nya... Nak jadi orang beriman tak?
Dengan Amani tadi, kami sambung dengan sembang-sembang mengenai jahiliyah kami yang lepas, gelak2 lah... Kelakar sungguh hidup tanpa Allah di hati dulu2, sedih pun ada jugak. Tapi simpan lah haha... Next kami gerak kepada masalah umat yang berkait Baitul Muslim. Tidak mudah untuk kita mendirikan Baitul Muslim. Nak dirikan mesjid... benda baik, kena cepatkan. Tapi kalau tiang-tiang masjid tu tak kukuh apa guna masjid tu? Ya Allah penat lelah kita cuba dirikan masjid, tapi masjid tu tak de yang mengimarahkan, lebih sedih lagi bila masjid tu roboh akibat tiang yang tak kukuh. Kami buka Surah Nuh, 71:26-27
Besar peranan Baitul Muslim dalam membentuk Masyarakat Islam. Membentuk Individu Muslih saja dah susah. Lebih lagi Baitul Muslim yang akan melahirkan masyarakat muslim. Memang hukum perkahwinan tu mengikut keadaan seseorang iaitu apabila tidak mampu dia menahan nafsu syahwatnya, maka ia wajib berkahwin. Tapi nak ke kita kahwin sebab tak mampu kawal nafsu syahwat? Nauzubillahi min zalik. Sebenarnya Allah dah ajar baanyakk cara utk kawal nafsu syahwat. Jadi yang sebaiknya dilakukan ialah belajar dulu, carilah kefahaman dengan hati dulu. Tak tahu nak cari kat mana? Mintalah petunjuk dari Allah! Allah takkan menghampakan harapan hambaNya yang berharap hanya kepadaNya. Moga kita sentiasa dalam hidayah-Nya.
Ok, cuba bayangkan bulan yang kita lihat di televisyen, di youtube. Banyak je kan bulan-bulan yang cantik? Bulan merah lah, Bulan penuh lah... Tapi kan, cuba kita keluar waktu malam, untuk tengok bulan. Dongak ke langit untuk melihat bulan, ternampak pulak bintang-bintang yang mengelilingi bulan bagaikan mutiara-mutiara di langit. Di sapa angin malam yang sejuk, dialunkan pula dengan bunyi-bunyi malam. Masha-Allah damai sangat.
Itulah perumpamaan tengok majlis ilmu dalam kaca hp, tv dan laptop. Mungkin banyak orang yang disibukkan dengan dunia berkata, "Ilmu agama di mana-mana, CD ceramah banyak, dalam kereta pun boleh dengar ceramah, tak perlu membazir masa pergi majlis ilmu, benda sama je yang disampaikan." Lain sungguh sebenarnya feel dia bila duduk live dalam majlis ilmu yang dinaungi sayap-sayap malaikat. Kita dapat 'rasa' ilmu tu. Tak percaya? Pergilah, cubalah dengan membawa hati yang betul-betul berada dalam majlis ilmu tu. Rasai kelainannya!
Wallahua'lam