Muslimah Kpop
Tuesday, 13 January 2015 - Labels: 2015, agenda kristian, artis kpop mengganas, awek melayu dipeluk artis kpop, gadis bertudung, gadis melayu, hancurkan umat Islam, kpop, maruah, muslimah, pentas kpop, runtuh akhlak, video artis kpop, viral facebook, wanita dipeluk artis kpop - 1 Comments
Sedih! Sangat.. :'(
Tengok video yg menjadi viral sekarang ni. Muslimah diperlakukan sesuka hati oleh mamat2 jambu di atas pentas. Jika direnung, tak tahu siapa yg perlu dipersalahkan. Mungkin keluarga, mungkin ibu bapa, mungkin pemimpin, mungkin diri muslimah itu sendiri, mungkin media, mungkin mat jambu tu... Entahlah :(
Muslimah
sedar lah tag yg ada pd diri kau
Tudungmu, pakaianmu, IC mu,
Berlabel ISLAM
kau rasa betapa leceh menjalankan syariat-Nya
betapa kau memandang agama ini mundur,
Ketinggalan zaman
Kau rasa terbatas
Kau tak dapat nikmati indah hidup di dunia fana ini
Kau rasa terkongkong sebagai umat Islam
Kau rasa rimas
Kau rasa jemu
Di manakah syukurmu?
Kepada yang telah meminjamkan kau segala-galanya?
Yg menjadi tempat kau menangis ketika kau susah?
Kau sebut nama-Nya hanya bila kau perlu?
Yang sentiasa ada untukmu?
Yang tak pernah meninggalkan mu?
Yang sentiasa memaafkan mu
Yang sentiasa menyayangimu?
Siapa yg memberimu udara utk kau bernafas?
Siapa yg memberimu makan?
Siapa yg memberimu minum?
Siapa yg paling mengenalimu?
Siapa yg paling menyayangimu?
Lee min ho?
Park Shin Hye?
Justin bieber?
Justin timberlake?
Austin Mohane?
Banggakah kau bersua muka dn mereka?
Puaskah kau?
Gembira?
Manusia jenis apa kau ni
Hamba bagaimana kau ni
Lupa diri kah kau?
Mungkin akalmu memberontak menafikan
Mungkin akalmu tidak sampai ke sana
Jika begitu, ingat lah kedua orang tuamu
Kau fikir mereka selalu memalukan kau
Tanpa kau sedar
Kau gadaikan maruah sendiri
memalukan mereka sampai begitu sekali
Sanggup kau?
Untuk tangan yg tak pernah lenguh menggendongmu?
Untuk mulut yg tak pernah lelah mendodoikan mu?
Untuk mata yg tak jemu memandangmu?
Tolong lah muslimah
Bukalah matamu
Bukalah mindamu
Bukalah hatimu
Jika akalmu tak mampu menerima
Tanyalah hati
Apakah kau tenang melakukannya?
Jagalah dirimu,
Jagalah akhlakmu
Jangan sampai kau menafikan agamamu
Jangan hancurkan hidupmu
Sesungguhnya Dia Maha Pengampun, Maha Penyayang....
Ikhlas buatmu muslimah
Wassalamualaikum :)

Pemilik Hati-Hati
Monday, 29 December 2014 - Labels: Allah mrndengar doa kita, Allah yang paling mencintai kita, hati, jangan bersedih, jawapan Allah, kesal, la tahzan, marah, motivasi, pemilik hati, puisi, pujukan Allah, sedih - 0 Comments
Hamba tergerak hati pulak utk menulis pagi ni. Dah lama sgt bersarang blog ni. Ni ha, tak tau la puisi ke ape. Saje tulis. Hehe...

Sedih? Marah? Kesal?
Dari mana ia hadir?
Kenapa ia hadir?
Untuk apa ia hadir?
Ya, ianya sakit
Sakit yang datang dari hati
Kata orang,
Pedihnya hanya Allah yang tahu
Timbul persoalan di benak ku,
Kenapa hanya Allah yang tahu?
Adakah ianya sekadar ucapan?
Yang hanya sekadar terluncur keluar dari bibir manusia?
Soalan yang membawaku
Keluar dari belenggu mencari Allah
Betulkah hanya Allah yang tahu?
Ku ceritakan segalanya pada-Nya
Ku curahkan semahu-mahunya
Ku tanyakan penyelesaiannya
Pada saat itu,
Ku terasa berada sgt dekat dengan-Nya
Bagai Dia mendengar setiap butir bicara ku
Hatiku tergerak menyentuh kitab yg mengandungi kalimah-Nya
Bibir ku tergerak membaca setiap huruf yg terkandung
Hatiku bagaikan terpujuk
Menghayati kalam-Nya
Rabbku memujukku,
"Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita"(9:40)
"AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan” (2 : 286)
"Hanya dengan mengingatku hati akan menjadi tenang"(13:28)
Kini ku sedar,
Memiliki-Nya bererti aku memiliki segalanya
Dan aku menemui jawapan dari persoalan
Allah Tuhanku
Allah pemilik hatiku
Allah menguasai hati hamba2-Nya
Mana mungkin Allah membiarkan hamba yg disayangi-Nya berseorangan
Mana mungkin Allah sanggup melihat hamba yg dicintai-Nya disakiti
Bahkan Allah rindu akan hamba-Nya itu
"Berdoalah (mintalah) kepadaKU, niscaya Aku kabulkan untukmu"(40:60)
Mana syukurmu?
Berhentilah menangis kerana manusia yg bertaraf hamba,
Istimewakanlah tangisan mu untuk pencipta mu,
Ar-Rahman, Ar-Rahim...
Kenapa kita perlu mencintai Allah?
Kerana Allah lah yg paling mencintai kita...
Nukilan terpelihara: Nurul Husna Mohd Noor
Wallahua'lam...
Cakap Tak serupa Bikin
Sunday, 7 December 2014 - Labels: Cakap Tak serupa Bikin, dakwah, dakwah era moden, hadis muslim, imam hassan al-basri, internet, matlamat dakwah, musuh Islam, nasihat, senjata musuh Islam, sombong - 1 Comments
Assalamualaikum akhi n ukhti! ^^
Hihi... Baru dapat idea nk tulis apa. Dapat ilham ni sebab..... Ada orang update kat statusnya mengenai cakap tak serupa bikin. Haha... Hamba agak terasa jugak la sebab hamba menulis blog punya kencang padahal diri hamba pun terkontang-kanting lagi xP
Kita semua tau pasal orang yg cakap tak serupa bikin ni kan? Allah tak suka... Allah dah warning kita pasal benda ni lama dah... Hehe
"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!" (As-saf:2)
"Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya." (As-saf:3)
Kita kena ikut cara nabi dalam apa jua ibadah yg kita buat. Nabi tak suruh orang buat sebelum nabi buat... Jom ikut cara nabi! Itu adalah sebaik-baik cara :)
Tapi, ada pulak soalan macam ni, "habis tu susah la kitorang ni nk dakwah. Kitorang ni tak baik sangat..." pulak! Macam mana ni? Dakwah tu kan tanggungjawab setiap umat Islam? Sebagai khalifah di bumi Allah. Dalam hal ni, Imam Hassan Al-basri berkata,
“sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bermakna aku yang terbaik dalam kalangan kamu. bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.seandainya seseorang itu hanya akan dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan.”
Dunia zaman sekarang bukan macam zaman Nabi, zaman iman umat Islam sangat kuat. Dunia sekarang terlalu banyak cabaran dari musuh2 Islam. Sukar untuk membentuk zuriat yg benar2 beriman jika kita masih dikelilingi senjata2 musuh Islam. TV, internet, radio.. Ulamak pun makin berkurang.
Daripada Abdullah bin Amr bin al-‘As r.huma berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW. Bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT tidak mencabut (menghilangkan) ilmu itu sekaligus daripada (dada) manusia, tetapi Allah SWT menghilangkan ilmuitu dengan mematikan alim ulama’.Apabila sudah ditiadakan alim ulama’, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Jadilah mereka itu sesat lagi menyesatkan orang lain.”
(Hadis riwayat Muslim)
Jadi, penyelesaian terbaik,,
Bagi yang berdakwah, cuba sedaya upaya untuk buat dahulu perkara yg hendak didakwahkan. Usaha lah. Allah akan nilai usaha kita. Percaya lah Allah sentiasa ada dengan kita. Allah akan tolong hambaNya yg berusaha membangunkan Islam. Allah tak perlukan kita, kita yg perlukan Allah. Jangan berhenti berdoa dan jangan sesekali berputus asa dalam berdakwah :)
Jika tak mampu, tetaplah berdakwah dan mohon ampunan dari Allah atas kelemahan diri kita, di samping meminta kekuatan jiwa dariNya.
Kepada yang didakwah,
Lihat lah kepada dakwah yg disampaikan, bkn orang yg menyampaikan dakwah. Umat Islam wajib saling menegur untuk mencegah kemungkaran. Ambillah teguran itu sebagai sesuatu yg positif. Anggap lah teguran tersebut daripada Allah yg disampaikan melalui saudara kita.
“Kesombongan itu menolak kebenaran dan merendahkan martabat manusia.”-HR Muslim
“Tidak masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan walaupun seberat zarah.”-HR Muslim
Sama-sama cuba perbaiki diri :)
Wallahu a'lam ^^
Kapal Karam !!!
Thursday, 27 November 2014 - Labels: cerita islami, di sebalik musibah, hikmah, hikmah aturan Allah, kapal, keimanan, ketenangan, kisah hidup, kisah teladan, merenung nasib, muhasabah diri, pengajaran, pondok - 0 Comments
Seorang lelaki tersadai di pinggir sebuah pulau. Dia satu2nya mangsa kapal karam yang terselamat dan masih hidup.
Apabila menyadari bahawa hanya dia seorang diri di pulau terpencil itu, dia berdoa setiap hari supaya Allah menyelamatkannya.
Di samping itu, dia tidak putus-putus meninjau laut dengan harapan ada kapal yang lalu dan dapat menyelamatkannya. Namun, segala harapannya hanya tinggal harapan.
Akhirnya lelaki itu membina sebuah pondok kecil di tepi pantai sebagai tempat berteduh daripada terik mentari di siang hari dan berlindung daripada dingin bayu malam.
Suatu hari, dia meredah hutan untuk mencari sumber makanan. Sebaik pulang, dia mendapati pondoknya hangus terbakar. Tiada apa yg tinggal kecuali abu hitam dan asap berkepul2 naik ke langit.
Lelaki tersebut terduduk. Merenung nasibnya yang malang, dia mula mempersoalkan takdir malang yang menimpanya. "Kenapalah nasib aku begitu malang sekali? Kenapalah Allah uji aku sampai tahap ini? Kenapa aku?"
Petang itu, dia sedang berehat di bawah sebatang pokok kelapa, dia ternampak kelibat sebuah kapal dari jauh seolah-olah menuju ke arah pulau itu. Sehabis daya dia menjerit-jerit sambil melambai-lambai dengan harapan pengemudi kapal nampak kehadirannya di situ. Jelaslah kapal itu memang menuju ke pulau itu.
Akhirnya lelaki tersebut diselamatkan dan dibawa naik ke kapal dan diberi makanan dan minuman. Namun dia berasa hairan bagaimana kapten kapal itu tahu dia berada di pulau itu. Dia bertanya kepada kapten itu, "Macam mana tuan tahu ada orang tersadai di pulau itu?"
Kapten kapal itu lalu menjawab, "Kami ternampak asap dari pulau ini. Sebab itu kami menukar haluan ke sini kerana mungkin ada orang yang memerlukan bantuan."
Hoho... Assalamualaikum semua! ^^
Fuh! Lama menyepi? SPM yo... Sangat menyiksa jiwa raga -_-
Takpe, mencari ilmu tu jihad. Adakah jihad yg mudah? Tiada jalan pintas ke syurga :)
Erm, dh abes SPM ni dok rumah jelah. Buat ape yg patot.. Jumpa pulak buku lama yg dah lunyai tp tak penah baca ni :p
Byk kisah best2 dalam ni. Husna cuba cerita kt korang 1 by 1 eh? Adik husna yg baca buku ni sampai lunyai. Dia suka, dia kata dh hafal semua cerita dalamnya. Fulamak! Tuan punya buku? Ngehngeh....
Bez x cerita td? Apa yg korang dapat? Ikut pandangan Husna, cerita ni sgt bermakna buat Husna utk seorang sahabat Husna
Dalam hidup ni, kita takkan pernah lepas dr ujian. Kerana apa? Itu adalah sebab kita hidup di muka bumi Allah ni. Allah letak kita di dunia ni hanya sekejap. Untuk Dia nilai diri kita. Layak ke syurga atau neraka?
Tp Allah tu Maha Penyayang. Dia tak pernah tinggal kita sorang2 hadapi ujian yg Dia beri. Sebab Dia tahu kita lemah. Tu sebab Allah support kita dgn ayat2 dlm AQ. "Mukmin yg kuat itu lebih baik dari Mukmin yg lemah". Jangan persoalkan apa yg Allah beri kerana Allah lebih tahu apa yg terbaik utk kita sebab Allah yg jadikan kita. Setiap yg Allah tetapkan bersebab. Kita cuma perlu bersabar, berusaha dan sentiasa yakin dgn Allah. Percaya dgn perancangan Allah. Dia adalah sebaik-baik perancang.
Apa pun yg jadi, ingat! Allah sentiasa bersama kita :)
Keep Believing in Him! ^^
Solat Kita Macam Mana??
Wednesday, 4 June 2014 - Labels: berjemah, cerita islamik, cerpen, fadhilat solat, kisah pengajaran, melambat-lambatkan solat, muhasabah diri, solat, tiang agama - 0 Comments
Tinggal beberapa minit lagi, waktu Solat Isyak akan masuk.
Dia segera mengambil wudhu dan melaksanakan Solat Maghrib.
Lambat.
Tetapi pada anggapannya asalkan dia bersolat, kewajipannya akan tertunai.
Dia mula membaca doa iftitah dan memulakan rukun-rukun solat sehingga ke sujud akhir dan kekal seperti itu buat sementara waktu. Dia telah bekerja sepanjang hari dan dia berasa letih, sangat letih.
Dia tiba-tiba terbangun kerana terdengar bunyi bising dan jeritan manusia. Dia terpempam.
Dia memandang sekeliling. Dia berpeluh semahu-mahunya.
Dia memandang sekeliling sekali lagi kerana tidak percaya. Suatu suasana yang sangat sesak. Setiap ruang sudut tempat yang dia pandang; telah dipenuhi dengan orang ramai. Beberapa berdiri kaku melihat sekeliling, ada yang berjalan mundar-mandir dan ada yang berlutut dengan tangan mereka menutup wajah mereka hanya menunggu seperti dalam ketakutan. Dia ketakutan dan berasa bimbang kerana akhirnya dia sedar di mana dia berada.
Jantungnya hampir pecah kerana debaran yang sangat kuat.
Ianya adalah hari mahsyar!
Sewaktu dia masih hidup, dia telah mendengar banyak perkara mengenai persoalan pada hari mahsyar, tetapi pada anggapannya kiamat dan yaumil mahsyar itu lambat lagi akan berlaku.
Mungkinkah ini hanyalah permainan dan imaginasinya sendiri?
Tidak! Melihat keadaan sekeliling ianya kelihatan sangat benar!
Soal siasat itu sedang berlaku!
Dia mula bergerak menyusup di antara orang ramai dan mencari di antara orang ramai untuk bertanya jika namanya telah dipanggil.
Tiada siapa yang boleh menjawab. Tiada siapa yang mengendahkanya. Semuanya sibuk dengan urusan mereka sendiri
Tiba-tiba dia mendengar namanya dipanggil dan orang ramai berpecah kepada dua barisan lalu membuat satu laluan untuknya.
Dua malaikat memegang tangannya, menggiring dan membawanya ke hadapan. Dia berjalan dengan lemah dan pasrah melalui orang ramai.
Para malaikat membawanya ke tengah kawasan dan meninggalkan dia di sana. Kepalanya terpunduk dan seluruh detik hidupnya sedang ditayangkan di hadapan matanya seperti sebuah filem.
Dia membuka matanya tetapi apa yang mampu dilakukan hanyalah melihat dunianya yang dipamerkan. Orang ramai semua tidak menghiraukannya.
Di dalam filem hidupnya, dia melihat beberapa babak seperti:
Dia melihat bapanya berjalan dari satu rumah kebajikan me rumah yang lain, membelanjakan hartanya di jalan Islam.
Ibunya mengikut dan membantu orang ramai di rumah kebajikan tersebut dan satu meja sedang disusunkan makanan manakala yang lain sedang dibersihkan.
Dia mengaku kesnya.
"Saya juga sentiasa di atas jalan ini. Saya membantu orang lain. Saya menyebarkan perkataan Allah. Saya melakukannya. Saya berpuasa pada bulan Ramadhan. Apa yang Allah perintahkan untuk dilakukan, saya lakukan. Apa sahaja yang Allah melarang, saya tidak lakukan".
Dia mula menangis dan berfikir tentang betapa dia mengasihi Allah. Dia tahu bahawa apa yang dia telah lakukan dalam kehidupannya akan menjadi kurang bermakna daripada apa yang Allah redha dan perlindungan Allah sahaja yang dia mohon kini. Dia berpeluh, seperti tidak pernah berpeluh sebelum ini. Seluruh tubuhnya bergegar lantaran ketakutan.
Matanya tetap pada skala timbangan, menunggu keputusan muktamad.
Akhirnya, keputusan itu dibuat.
Kedua-dua malaikat itu dengan helaian kertas di tangan mereka, berpaling kepada orang ramai. Kakinya berasa sangat lemah. Dia memejamkan matanya kerana mereka mula membaca nama-nama orang-orang yang dihukum memasuki neraka.
Namanya disebut sebagai orang yang pertama. Dia jatuh terjelepuk, melutut dan menjerit. Dia menyatakan bahawa ianya salah.
"Bagaimana saya boleh pergi ke neraka? Saya berkhidmat membantu orang lain sepanjang hidup saya, saya menyebarkan perkataan Allah kepada orang lain"
Matanya telah menjadi kabur dan tapak tangannya berpeluh.
Kedua-dua malaikat menghampirinya dan memegang tangannya. Dia diseret songsang. Kakinya diseret, sedangkan mukanya menyembam menggahar debu, tanah kerikil dan sebagainya.
Mereka menyeretnya pergi melalui orang ramai dan menuju ke arah api yang menjulang-julang daripada neraka Jahannam.
Dia menjerit dan tertanya-tanya jika ada mana-mana orang yang akan membantunya. Dia menjerit dan menyebutkan semua kebaikan yang telah dia lakukan; bagaimana dia telah membantu bapanya, puasanya, solatnya, al-Quran yang dibacanya.
Dia terus menjerit-jerit, namun tiada seorangpun daripada mereka akan membantunya.
Para malaikat Jahannam terus mengheret dia. Mereka telah semakin hampir dengan neraka.
Dia menoleh ke belakang dan ini rayuan terakhir. Dia teringat...
Tidak! Rasulullah SAW pernah berkata;
"Bagaimana bersih seseorang yang mandi di sungai lima kali sehari dari kotoran, begitu juga bersihnya orang yang melaksanakan solat lima kali seharian daripada dosa-dosa mereka"
Dia mula menjerit;
"Solat saya? Solat saya? Doa saya?"
Kedua-dua malaikat tidak berhenti, dan mereka datang ke tepi jurang neraka. Bahang api neraka yang membahang telah menyelar mukanya.
Dia menoleh ke belakang sekali lagi, tetapi matanya telah kering dari sebarang harapan dan dia tidak mempunyai apa-apa lagi yang tinggal di dalam dirinya.
Salah satu malaikat menolak dia masuk ke neraka Jahannam. Dia mendapati dirinya terawang di udara dan sedang jatuh ke arah api.
Dia sedang melayang jatuh selama tujuh puluh tahun ke dalam api neraka apabila tiba-tiba tangannya diraih oleh satu lengan.
Dia ditarik kembali ke atas.
Dia mengangkat kepalanya dan melihat seorang lelaki yang sangat tua dengan janggut putih yang panjang. Kelihatannya lelaki itu sangat daif.
Dia menyapu debu di tubuhnya sendiri dan bertanya kepadanya,
"Siapakah anda?"
Orang tua itu menjawab,
"Saya solat anda"
"Mengapa kamu begitu lewat! Saya telah terjunam ke dalam neraka! Anda menyelamatkan saya pada saat-saat terakhir sebelum saya lebur."
Orang tua itu tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepalanya,
"Adakah anda lupa? Anda sentiasa laksanakan saya pada saat-saat akhir!!"
Pada ketika itu, dia tiba-tiba terjaga dan mengangkat kepalanya dari sujud. Dia berada di dalam kebasahan akibat berpeluh.
Dia mendengar suara-suara yang datang dari luar. Dia mendengar azan dikumandangkan untuk menandakan masuknya waktu Solat Isyak.
Dia bangun dengan cepat dan pergi mengambil wudhu. Dia berjanji tidak akan melengahkan solat lagi. Dia sedar kesalahannya kini. Dia telah mendapat petunjuk yang maha benar.
Wallahua'lam :)
Kekuatan Sebenar Manusia
Friday, 18 April 2014 - Labels: apa orang kata, bunyi tapak kaki bilal, gabenor syria, kekuatan manusia, membina rohani, qalbun saleem, roh - 0 Comments
Tazkirah : Tafsir Surah Sod (Ayat 71-72)
-Kekuatan Sebenar Manusia-
Kalau ditanya kepada kanak-kanak, apakah yang dimaksudkan dengan negara maju?
Kanak-kanak Malaysia hari ini mungkin dengan riangnya menjawap,
"Ada bangunan tinggi-tinggi, ada train macam LRT, kereta semua lawa-lawa, guna handset touch scrin, tablet dan lain-lain."
Adik besar nanti nak jadi apa?
"Doktor. Engineer. Arkitek. Artis."
Sebab apa?
"Nanti banyak duit. Baru best."
Tapi berbeza dengan suatu zaman di Madinah dulu.
Bilamana seorang ulamak terkenal bergelar Imam Ahmad, berjalan di sebelah sebatang pokok. Tiba-tiba dia mendapati ada beberapa orang budak sedang bergayut, bermain di atas pokok itu. Imam Ahmad terus menegur,
"Hai anak-anak, jangan bermain di atas, nanti jatuh. Cedera."
Dengan riangnya mereka berkata,
"Kalau kami jatuh, kami saja yang cedera. Tapi kalau Tuan Sheikh jatuh, seluruh umat akan cedera."
Umur yang sama, tapi manteliti jauh berbeza.
-------------------
Ayat 71 dan 72 Surah Sood ini, nak ceritakan kepada kita sebuah peristiwa yang besar dan agung.
Walaupun diyakini ramai yang sudah tahu, hafal dan hadam. Tapi ramai yang 'miss' hakikat agung dalam cerita ini.
Adam dibuat dari tanah. Dan apabila dah lengkap ciptaan, Allah tiupkan Roh lalu para malaikat pun terus bersujud kepada Adam.
Ayat ini nak membawa sebuah hakikat bahawa, Adam bila sempurna anggota jasadnya dibentuk daripada tanah, dia tidak membawa apa-apa makna dan harga.
Tapi..
Setelah Allah tiupkan Roh (yg tersimpan di sisi-Nya) ke dalam jasad itu, barulah para malaikat di langit terus bersungkur sujud kepada Adam, sebagai tanda hormat.
Jadi kedua ayat ini menjadi bukti bahawa, elemen ROH itulah yang menjadi punca seluruh malaikat sujud kepada Adam.
Di situlah terletaknya kemuliaan manusia.
Yaitu "ROHnya"
Jadi kalau kita pandang manusia, jangan kita pandang sepertimana iblis memandang manusia. Iblis kata apa?
"Err, tanah. Jijik. Hina."
Dia fokuskan pada tanah, hina.
Tapi, pandanglah kita bilamana dimasukkan ROH yang tersimpan di sisi Allah yang mulia, semua Malaikat di langit tunduk, hormat pada kita manusia.
Jadi hebat manusia adalah pada aspek Roh dalam badannya. Di situlah tempat pembangunan diri manusia yang asli.
Walaupun manusia terbahagi dengan 3 fakulti. Roh, akal dan jasad. Tapi ketiga-tiga fakulti itu tidak sama kekuatannya.
Ayat ini bukti yang paling jelas bahawa Allah lebihkan pada bahagian ROH. Kekuatan roh inilah yang perlu kita bangunkan dan pelihara kesuciannya.
Tapi, bila mana melihat keliling kita hari ini. Suasana seolah-seolah mendidik kita, bahawa elemen roh itu tidak ada.
Semua orang fokus pada jasad dan akal saja. Buktinya kita pun boleh lihat sendiri iklan-iklan di mass media.
Masing-masing nak luruskan rambut, cerahkan muka, bau badan wangi, pakain 'branded', style, fesyen itu ini. Gajet saja cecah ribuan. Remaja-remaja sibuk belajar, sana sini, tusyen dua tiga tempat, untuk ditumpahkan dalam dewan periksa semata. Berputar situlah rutin harian hidup kita.
Kita hidup di zaman di mana manusia sanggup buat apa saja demi nampak hebat pada mata orang. Hidup terpenjara pada "apa orang kata".
Habis semua benda buat untuk tunjuk pada orang. Na'udzubillah.
Kita hebat dari sudut 'form', tidak dari sudut 'substance'.
Bilakah kita serius meneliti hati dan rohani kita bagaimana?
Sedangkan mulianya kita, sehingga seluruh malaikat yang infinity itu tunduk hormat pada kita sebab Roh yang Allah beri istimewa dari sisiNya.
Kita sibuk menghias badan, sibuk mengurus akal, sedangkan hati kita sedang demam, sedang koma, kita tak sedar.
Umpama kita beli buah, kita nilai pada kulit luarnya saja, tak ambil peduli dalamnya buruk ke, masam ke.
Quran jarang baca, solat tinggal, solat jemaah tak minat, masjid jauhi, majlis ilmu tak pergi.
Yang ramainya di mana?
Pasar, supermaket, shopping mall, stadium, pusat hiburan.
Justeru, ulama' tafsir menyebut,
"Siapa yang mengabaikan aspek Rohi dalam hidupnya, beerti hinalah dia seperti tanah yang iblis sebut pada awalnya. "
Tafsiran yang lainnya adalah,
"Orang yang mengabaikan aspek rohi ini beerti dia setuju dengan pengiktirafan iblis bahawa manusia itu daripada tanah dan hina. Justeru iblis berminat pada dirinya dan menemaninya sepanjang kehidupan."
"Bagi orang yang sibuk membangunkan roh dan jiwanya, malaikat seluruh alam akan hormat kepadanya dan bersama menemani menjaganya sepanjang hidupnya."
Jadi marilah kita jelous dengan rohani seseorang, yaitu imannya. Hubungannya dengan Allah. Manis dalam ibadah. Bukan jelous dengan pakaian orang, dengan wajah orang, atau harta seseorang. Itu semua tak bermakna di sisi Allah. Sikit pun Allah tak pandang. Tapi apabila kita balik bertemu dengan Allah kelak, yang nak selamatkan kita bahagia selama-lamanya adalah 'Qalbun Saleem'. Ya'ni rohani atau dalaman jiwanya yang bersih, terpelihara dan sihat.
Siapa dalam kalangan kita yang tidak kenal Bin Rabah r.a, seorang hamba abdi berkulit hitam, kepala botak dan tebal bibirnya.
Tapi Rasulallah pernah memanggilnya dan berkata,
"Wahai Bilal, aku mendengar bunyi tapak kaki kamu dalam syurga."
Subhanallah.
Bilal sebelum Islam seorang hamba dipandang hina, tapi setelah Islam dibina rohaninya sehingga dia wafat sebagai seorang Gabenor di Syria.
Mari jadikan pembangunan Roh ini, satu agenda besar dalam hidup.
Allahua'lam... (,>_^)
