Sayembara Palestina: Cinta Untuk Palestin
Friday, 28 December 2012 - Labels: 2012, 2013, art and design, Cinta untuk Palestine, filem pendek, gaza, hadiah misteri, melukis poster, Palestine, penyertaan terbuka, pertandingan, sayembara cerpen, Sayembara Palestina, Stand Up Generation - 0 Comments
Dari 10 Disember 2012 sehingga 10 Januari 2013, Stand Up Generation dengan kerjasama Aqsa Syarif Malaysia menganjurkan Sayembara Palestina yang bertema “Cinta Untuk Palestin” bagi menyemarakkan kecaknaan terhadap Palestin di samping mengumpul dana untuk saudara kita di GAZA. Penyertaan terbuka kepada seluruh dunia. Diharapkan dengan usaha kecil ini, kita dapat memanfaatkan bakat serta kelebihan yang ada untuk mencari keredhaan Allah.
Objektif utama pertandingan ini adalah untuk terus menyuburkan cinta kita, keprihatinan kita terhadap Palestin. Di samping itu untuk mencungkil bakat-bakat yang terpendam di kalangan umat Islam dalam menyatakan cinta dan kecaknaan mereka terhadap Palestin melalui penulisan, lakaran dan video.
Katagori pertandingan :
1- Penulisan cerpen
2- Art and design
3- Filem pendek
Untuk maklumat lanjut dan syarat-syarat penyertaan, sila layari http://alturl.com/agcsx
FB Stand Up Generation: https://www.facebook.com/pages/Stand-Up-Generation/368127349931070
Wujudkah Tuhan?
Thursday, 27 December 2012 - Labels: Abu Hanifah, akal, Anas bin Malik, Arasy, ateis, bukti, cerita hikmah, cerita islami, indahnya islam, kewujudan akal, kewujudan tuhan. allah wujud tanpa tempat, kisah teladan, Penipuan evolusi, Tuhan wujud, waras - 0 Comments
Abu Hanifah ialah cendiakawan Islam terkenal di sekitar tahun 699 Masihi hingga 767M. Beliau sempat belajar bersama tujuh orang sahabat Nabi Muhammad seperti Anas b. Malik dan Abdullah b. Haris. Aliran persefahamannya dalam islam masih wujud hingga sekarang yang dikenali sebagai mazhab Hanafi.
Pada suatu hari, Abu Hanifah dikunjungi oleh seorang lelaki yang masih muda remaja. Lelaki itu mempunyai masalah agama. Beliau datang dari jauh untuk berjumpa Abu Hanifah kerana ingin bertanya satu soalan.
"Tuan, adakah tuan pernah melihat Tuhan?"
"Maha Suci Tuhan! Tuhan tidak dapat dilihat dengan mata kasar walau dengan apa jua sekali pun," jelas Abu Hanifah dengan tegas.
Lelaki itu tidak berpuas hati. Dia mahu bertanya lagi, "Pernahkah tuan menyentuh, melihat, mendengar ataupun merasa Tuhan?"
Abu Hanifah menggelengkan kepala mendengar pertanyaan leaki tersebut. "Tuhan tidak sama dengan apa-apa jua yang terfikir dan tebayang oleh akal," jawab Abu Hanifah, mengharapkan agar lelaki itu faham.
Lelaki itu masih tidak berpuas hati. "Apabila Tuan tidak pernah melihat, mendengar dan merasa Tuhan, apakah bukti kewujudan Tuhan?"
Abu Hanifah tersenyum mendengar soalan anak muda itu. Beliau tidak memarahinya malah menjawab dengan penuh sopan.
"Pernahkah kamu melihat akalmu sendiri?"
"Tidak pernah," jawabnya dengan hati-hati.
"Pernahkah kamu mendengar suara akalmu?"
"Tidak pernah."
"Pernahkah kamu menyentuh atau merasa akalmu?
"Tidak pernah juga."
Lelaki itu berasa hairan dengan soalan-soalan pelik Abu Hanifah. Mustahil bagi manusia mendengar akalnya sendiri kecuali mendengar suara hati. Akal hanya boleh berfikir, tetapi tidak mengeluarkan suara. Mustahil bagi manusia melihat otaknya sendiri.
"Adakah kamu waras?" Abu Hanifah mengujinya.
"Sudah tentu saya waras," lelaki itu mula berasa tidak senang.
"Jadi, saudara ada akal?" Abu Hanifah menduga lagi.
"Tentulah saya ada akal!" lelaki itu mula hendak marah.
"Begitu jugalah dengan kewujudan Tuhan. Tuhan wujud, walaupun kita tidak dapat mengetahui dengan pancaindera kita" terang Abu Hanifah dengan penuh hikmah.
Lelaki itu tertunduk mendengarkan jawapan Abu Hanifah. Dia insaf kerana telah mempersoalkan kewujudan Tuhan. Abu Hanifah tidak memarahinya, malah memberi jawapan dengan sopan.
HIKMAH dari cerita
Allah taala sentiasa wujud azali dalam keadaan tiada suatupun yang bersama keazalian-Nya. Tiada suatu air pun, tiada suatu udara pun, tiada suatu bumi pun, tiada suatu langit pun, tiada suatu Kursi pun, tiada suatu Arasy pun, tiada suatu manusia pun, tiada suatu jin pun, tiada suatu malaikat pun, tiada suatu tempat pun dan tiada suatu masa pun bersama keazalian-Nya! Oleh itu, Allah taala wujud sebelum kewujudan tempat tanpa suatu tempat, dan Dia-lah yang telah mencipta tempat dan Arasy serta Dia tidak berhajat pun kepada ciptaan-Nya.
Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam bersabda:
“Ya Allah! Engkau al-Awwal maka tiada suatupun sebelum-Mu, Engkau al-Akhir maka tiada suatupun selepas-Mu, Engkau al-Zahir maka tiada suatupun di atas-Mu, dan Engkau al-Batin maka tiada suatupun di bawah-Mu”. [Diriwayatkan oleh Muslim]
Paku Di Kandang Kuda
Wednesday, 26 December 2012 - Labels: anger management, bijak, cerita motivasi, gagah, hadis kawal marah, kemarahan, motivasi, paku, paku di dinding hati, pemarah, pengajaran, penulisan islami, tips kawal marah - 0 Comments
Seorang ayah ingin menasihati anak lelakinya yang suka marah-marah. Pada suatu hari, anak lelakinya itu diajak pergi ke kandang kuda milik keluarga yang terletak di sebelah rumah. Setibanya di tepi kandang kuda, si ayah berkata kepada anaknya, "Anakku, jika kamu marah, ketuklah sebatang paku ke dalam pagar ini. Semakin kamu marah, ketuklah paku itu sekuat hati mu. Buatlah begitu." Semenjak itu, apabila si anak berasa marah, dia mengetuk sebatang paku pada pagar kandang kudanya. Mudah baginya melakukan perkara itu. Sebulan kemudian, si anak menunjukkan kepada bapanya hasil kerjanya itu dengan rasa bangga kerana paku yang ditanam semakin banyak.
Ayahnya berkata, "Sekarang, sekiranya kamu dapat menahan rasa marah itu dan tidak jadi marah, serta dapat memohon maaf daripada orang lain, cabut lah paku-paku itu satu persatu.. Buatlah begitu seterusnya." Si anak terus bersetuju tanpa mengetahui tujuan sebenar ayahnya menyuruhnya buat begitu.
Sebulan kemudian, ayahnya bertanya, "Adakah paku yang telah kau cabut?" "Ada ayah. saya sudah berjaya mencabut semua paku-paku itu sehingga habis," jawab si anak dengan tegas.
Ayahnya segera ke kandang kuda itu bersama si anak untuk melihat hasil kerjanya itu. Setibanya di sana, si ayah lantas berkata, "Memang semua paku sudah dicabut, namun ada bekas lubang yang masih jelas kelihatan. Begitulah hati orang yang kau marahi." Si anak lantas memahami apa yang ingin disampaikan ayahnya itu. Sejak itu, dia menjadi seorang yang lebih bersabar.
Iktibar daripada cerita:
Kawallah kemarahan anda kerana semasa kita memarahi sesorang, ia meninggalkan luka yang dalam pada diri orang yang dimarahi itu. Walaupun kita kemudiannya memohon maaf, hal itu tetap meninggalkan kesan di hati mereka.
Daripada Abu Hurairah RA, Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Bukankah orang gagah itu, orang kuat bertinju. Akan tetapi orang yang gagah adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Kaji Diri Anda
Tuesday, 25 December 2012 - Labels: kaji diri, kisah jenaka, motivasi, muhasabah diri, pendapat, pengajaran, penilaian, perbincangan, positif, pujian, refleksi diri, rumah tangga, tauladan, teman - 0 Comments
Ramai yang berasa sukar malah enggan melakukan kajian dirinya sendiri, membiarkan dirinya dewasa dalam kekurangan dan mundur dalam kematangan emosi dan rohani. Mereka menganggap tindakan mengkaji diri bermaksud membuka kelemahan dirinya selama ini. Lebih dahsyat lagi, ada banyak yanggapan serong yang kononnya kajian diri ini dapat dibeli, jadi mengapa bersusah-payah melakukannya? Bayar sahaja mana-mana konsultant ataupun orang lain bagi mengiakan dan sentiasa memuji setiap tindakan yang diambil, Semuanya pasti beres.
Seorang penulis kisah jenaka cuba menggambarkan reaksi seorang suami yang isterinya menghidapi demam selsema pada tahun kelapan perkahwinan mereka. Begini kisahnya:
- Tahun Kedua - "Sayang, saya berasa terganggu mendengar suara bersinmu. apalagi ketika saya benyak kerja di pejabat. Pergilah masuk tidur di bilik, sayang."
- Tahun Ketiga - "Mungkin dirimu perlu berehat sayang. kerana apabila demam, yang penting rehat. Kamu suka ayam bukan? Nanti saya minta pembantu rumah masakkan sedikit untukmu."
- Tahun Keempat - "Jagalah kesihatanmu sayang. Selesaikanlah kerjamu dulu dan siapkan anak-anak, selepas itu rehat, ya?"
- Tahun Kelima - "Kenapa tidak makan ubat jika sakit? Jangan main-main jika sakit. Suruh pembantu mengurutmu, mana tahu boleh sembuh."
- Tahun Keenam - "Makan ubat pun tidak sembuh-sembuh juga. Aduhai, kasihan anak-anak jika terkena jangkitan darimu. Mahu dibiar hidungmu tersumbat sepanjang malam? Cubalah sapu minyak angin supaya lega sedikit."
- Tahun Ketujuh -`"Apabila terbersin, tutuplah mulutmu... Nanti berjangkit pada orang lain. Kalau sakit, janganlah libatkan orang lain pula."
- Tahun Kelapan - "Memang keluargamu ada penyakit selesema ya? Cubalah pulang ke rumah keluargamu. Mungkin Kamu boleh cepat sembuh."
Thomas Carlyle pernah berkata, "Tugas kita yang terbesar bukanlah melihat apa yang nampak redup-redup di kajuhan, tetapi melakukan apa yang nampak jelas di hadapan mata."
Walaupun sudah nampak jelas, kajian diri perlu dilakukan. sebab bimbang kita sudah membajak sawah yang sudah tidak lurus lagi. Setidak-tidaknya, kajian diri memberi dorongan kepada kita untuk berjaya dengan lebih baik lagi. Ketika orang lain berkata mengenai prestasi dan keadaan diri kita yang semuanya baik tanpa kajian diri atau sebarang penilaian, berhati-hatilah. Ada kemungkinan seseorang itu mendekati kita dengan kejayaan, kekayaan atau kedudukan kita. Terimalah pendapat orang yang menyebut keadaanmu yang sebenarnya. Lakukan anjakan paradigma ke atas dirimu kemudiannya selari dengan hadis Rasululah SAW yang bermaksud, “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.” (Hadis riwayat Abu Daud).
Selamat mengkaji diri !! \\(●*∩_∩*●)//
Cabar Diri Anda
Sunday, 23 December 2012 - Labels: cabar diri, challenge yourself, kehidupan, kejayaan, kualiti hidup, langkah mencabar, motivasi, sasaran, think positively, tingkatkan potensi - 0 Comments
Kejayaan adalah satu bentuk yang subjektif dan relatif dengan individu itu sendiri. Apabila kita telah tiba ke matlamat yang telah kita tetapkan, kita mula berasakan yang kita berada di zon selesa. Setelah beberapa ketika, kita rasa tiada apa lagi yang mencabar pada tahap tersebut. Kalu kita terus selesa berada di zon selesa itu, lambat laun kita akan gagal kerana orang lain sudah semakin melangkah ke hadapan lebih maju.
Oleh itu, mencabar diri perlu bagi kita untuk terus maju ke tahap yang lebih tinggi. Anda boleh mengambil dan mengamalkan langkah berikut untuk terus maju jaya dalam kehidupan (^_^)
Letakkan Sasaran yang Tinggi
Apabila suatu matlamat berjaya dicapai maka teruslah menetapkan matlamat seterusnya yang lebih tinggi lagi.Cemburu dengan Kejayaan Orang Lain
Lihatlah mereka yang lebih berjaya daripada kita. Kalau mereka boleh, kita pasti boleh! Untuk berjaya, kita perlu cemburu dengan kejayaan orang lain dan cabar diri kita untuk berusaha lebih daripada mereka. Ini dipanggil 'cemburu positif'. Kalau kita tidak tahu bagaimana untuk memulakan langkah tersebut, belajarlah daripada mereka yang telah berjaya kerana ia tidak akan merugikkan kita sedikit pun.Elakkan Sikap Cepat Berpuas Hati
'Sikap cepat berpuas hati' merupakan virus merbahaya yang sering menyerang sewaktu kita dalam proses mencabar diri. Akibat penyakit ini, kita sering berkata, "Ah, ini kira OK lah ni." Kita lupa bahawa orang lain mendapat berlipat ganda daripada OK kita itu.Soal Diri dengan Soalan Positif
Sering kita terfikir soalaan-soalan negatif dari benak fikiran kita seperti:-- Kenapalah aku gagal?
- Kenapa aku sentiasa malang?
- Kenapalah semua orang tidak sukakan aku?
- Apa yang belum aku lakukan lagi?
- Bagaimana aku hendak meningkatkan pencapaian aku?
- Di mana aku hendak belajar cara meningkatkan kemahiran dalam bidang ini?
- Siapa yang boleh bantu aku?
Tingkatkan 'Standard Anda'
Untuk maju ke hadapan, kita kena cabar diri untuk tingkatkan standard kita. Misalnya, cuba berkata kepada diri kita:- Tak standard lah jadi guru. 3 tahun dari sekarang aku kena berusaha untuk menjadi guru besar pula.
- Tidak standard lah selalu dapat gred B. Aku kena belajar rajin lagi untuk dapat gred A.
- Tidak standard lah solat sunat rawatib sahaja setiap hari. Aku kena cuba Qiamullail lah pula.
Ingatlah! kita hanya boleh hidup dalam 'standard' yang lebih tinggi apabila kita berjaya merealisasikan pendapatan yang mampu untuk menampung standard tersebut. Jangan pula menjadi seperti 'biar papa asal bergaya'.
Malah Islam sendiri tidak menghalang umatnya untuk hidup selesa apabila ada kemampuan. Asal sahaja selesa itu tidak membuatkan kita lupa siapa diri kita yang sebenar dan semakin jauh dari Allah.
Pergilah Kau Stress!!!
Saturday, 22 December 2012 - Labels: doa penenang hati, kaunselor terbaik, kehidupan, kemurungan, maksud stress, membaca, pergilah kau stress, tangani masalah, tangani stress, tekanan - 0 Comments
Daripada hanya membaca maklumat ini begitu sahaja, adalah penting untuk kita mengambil pendirian. Buatlah keputusan untuk membuat apa saja yang terdaya untuk mengurangkan kesan buruk stres. Stres boleh membunuh, justeru jangan biarkan ia membunuh anda atau orang yang anda sayangi. Individu yang mengalami stres sentiasa kehilangan tenaga yang diperlukan untuk menjalani kehidupan seharian. Jika ini berlaku, ianya boleh menyemai sikap negatif dalam kehidupan mereka. Kemurungan akan berlaku dan mencetuskan kesan negatif kepada kehidupan individu berkenaan.
Bagaimana kita menangani masalah ini??
Amalkan Tidur Yang Cukup
Satu pertiga usia kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yang suka melewatkan waktu tidur dan mengabaikan tidur yang cukup. Badan kita perlukan rehat. Keletihan hanya mengganggu data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yang baru. Oleh itu, amalkan tidur yang cukup pada malam hari kerana ia mampu membantu daya ingatan kita berfungsi dengan baik.
Kawal Tekanan
Tekanan hanya akan membuatkan jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seorang yang tidak peka terhadap keadaan persekitaran . Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga berkemungkinan besar untuk terjejas. Oleh itu, cuba untuk kawal tekanan andda dengan bernas seperti bermeditasi, membaca al-quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.
Bersenam
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan perderan darah ke otak. Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik. Amalkanlah senaman walaupun hanya sekadar berjalan kaki.
Elakkan Kemurungan
Kemurungan akan menyebabkan kehidupan anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaam ia juga akan turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuatkan anda mengambil sikap tidak peduli terhadap persekitaran semasa. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatari atau beramal ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.
Awasi Pengambilan Ubat!
Daya ingatan mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan, panadol dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah ingatan disebabkan pengambilan ubat, berkonsultasilah dengan doktor. Jangan ambil ubat tanpa pengawasan doktor.
Belajar Sesuatu yang Baru
Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya belajar bahasa baru, mengikuti kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, menanam hobi baru, menghadiri ceramah dan sebagainya.
Jom Bermain!
Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya catur, dam haji, scrabble, sudoku, sahiba, monopoli dan banyak lagi. Selain itu, anda juga boleh bermain melalui komputer dan play station kerana teknologi sekarang semakin maju. Pilihlah jenis permainan yang mencabar minda.
Bacalah..
- Penuhi masa senggang anda dengan membaca
- Paling kurang satu buku sebulan
- Bacalah bahan bacaan yang menarik seperti majalah, komik dan tabloid
- Wujudkan sebuah perpustakaan mini di rumah anda
- Latih anak-anak ke perpustakaan setiap minggu
- Beri hadiah berupa buku kepada orang tersayang
Insya allah, dengan mengamalkan tips-tips yang diberikan, kehidupan anda yang penuh stres akan berkurangan. Ingat! Sentiasalah mendekatkan diri anda dengan Allah kerana langkah itu boleh memberikan anda ketenangan MAKSIMA! Jika anda ditimpa sebarang masalah, mengadulah kepada Dia hingga mengalir air mata kerana hanya Dia yang mampu membantu anda dalam apa jua perkara dan kerana Dia, KAUNSELOR TERBAIK DI ALAM INI.. Wallahua'alam
Amalkanlah doa ini selalu -->
Tips Elak Mengantuk
Thursday, 20 December 2012 - Labels: 7-8 jam sehari, elak, masalah mengantuk, mengantuk, narcolepsy, penyakit dalaman, rawat rohani, sleep apnea, tidur secukupnya, tips - 0 Comments
1. Dapatkan tidur yang mencukupi
Tempoh waktu tidur yang mencukupi adalah antara 7-8 jam sehari. Untuk bangun awal daripada biasa, anda perlukan latihan. Semasa anda tidur, letakkan jam loceng berjauhan dari anda. Pastikan jam loceng itu berada jauh hingga memaksa anda bangun untuk memadamkannya. Terus bangun dan disiplinkan diri anda!
2. Dapatkan habitat pemakanan yang tepat
Anda wajib bersarapan supaya ia dapat membekalkan tenaga kepada anda. Pada waktu tengah hari, cuba untuk tidak memakan makanan yang berat. Sekiranya anda tidak bersarapan, anda akan cenderung untuk makan dengan banyak waktu tengah hari.
3. Bersenam setiap hari
Anda digalakkan bersenam, sama ada pada waktu pagi atau petang. Saya amat menyarankan anda bersenam pada waktu pagi kerana ia mampu membantu anda lebih fokus dan kreatif.
4. Tidur sebentar pada waktu Zohor.
Cukup sekadar memejamkan mata anda dan rehatkan fikiran anda. Ianya diistilahkan 'Qailullah'. Tujuannya adalah untuk mengecas tenaga agar diberi kekuatan untuk bangun malam bagi menunaikan Qiamullail.
5. Jumpa doktor pakar
Anda mungkin menghidapi penyakit narcolepsy atau sleep apnea iaitu masalah bernafas sewaktu tidur. Tidur berlebihan dan sentiasa lemah mungkin merupakan tanda penyakit yang anda hidapi walaupun tanpa anda sedari.
Suara Dari Kubur
Friday, 14 December 2012 - Labels: balasan, cerita islami. kisah teladan, derhaka, kedua ibu bapa, kisah hidup, kubur, pengajaran, seksaan neraka, suara dari kubur, tauladan sepanjang zaman - 0 Comments
Diceritakan, ada seorang pemuda yang tinggal di sebuah perkampungan tidak jauh dari Basrah, Iraq. Dia memiliki perangai yang jahat dan tidak senonoh. Dia juga suka menghina ibunya.
Perangai kejinya itu semakin menjadi-jadi apabila ibunya menasihati supaya berkelakuan baik. Oleh kerana sayangkan anak, si ibu bersabar sahaja terhadap tindakan biadap anaknya sambil tidak jemu-jemu menegur dan menasihati anaknya supaya berubah.
Suatu hari, pemuda itu ditegur lagi oleh ibunya. Seperti selalu,dia menjawab teguran ibunya dengan suara yang keras, "Mulut ibu tidak henti-henti membebel. Teruskan meringiklah macam himar!"
Alangkah tersinggungnya hati si isu mendengar anaknya berkata begitu. Selama ini dia bersabar dengan kerenah anaknya itu. Tapi kali ini, sabarnya sudah habis. Tanpa disedari, terucap dari mulut si ibu, Semoga Allah menjadikan engkau himar!"
Masa terus berlalu. Ibu tua yang malang itu sudah pun meninggal dunia. Tidak berapa lama selepas itu, anaknya pula meninggal dunia. Namun begitu, kejdian yang amat aneh telah berlaku.
Setiap malam terdengar bunyi ringikan himar dari dalam kubur pemuda jahat itu. Suara itu menjerit-jertit seperti meminta sesuatu.
Demikianlah kekuasaan Allah SWT. Dia boleh melakukan apa-apa sahaja yang dikehendaki-Nya. Allah boleh menghukum kesalahan hamba-Nya yang ingkar dan derhaka di dunia lagi, sebelum dihukum di akhirat.Hukuman di akhirat tidak lain tidak bukan seksaan di dalam neraka.
Pengajaran : Derhaka kepada ibu bapa termasuk dalam dosa-dosa besar yang menerima balasan Allah ketika di dunia lagi. Keredhaan Allah mengikut kerdhaan kedua ibu-bapa. Begitu jugalah dengan kemurkaan-Nya. Wallahua'lam...
Mengintai Redha Ilahi
Wednesday, 12 December 2012 - Labels: akhirat, ampun, dunia islam, motivasi islami, muhasabah, pengajaran, penulisan islami, Puisi islami, redha Ilahi, secebis rahmat, siksa neraka, taubat - 0 Comments
Aku insan biasa
Hamba-Nya yang tak luput dari dosa
Hidupku sentiasa dikelilingi dengan kejahialan
Duniaku penuh dengan keseronokan
Permulaan hidupku singgah di rahim bonda
Sebelum aku dijejakkan ke dunia
Banyak kelalaian yang aku temui di dunia
Banyak juga berlaku dusta dan aniaya di dalamnya
Kelalaian membuatkan ku lupa pada-Nya
Keseronokan hidup menjadikan ku seorang hamba yang alpa.
Sehingga apabila musibah melanda diri
Barulah aku tersedar dari buaian mimpi palsu duniawi
Selama ini, aku leka dari mengingati-Nya
Ku abaikan tanggungjawab ku sebagai seorang hamba
Aku terlalu taksub dan cinta akan dunia
Sehingga meluppakan akhirat yang bakal menjelma.
Dosa dan noda telah melingkari hati
Hanya pintu taubat sebagai penyembuh nurani
Hidayah itu hadiah dari Ilahi
Untuk aku kembali pada Yang Maha Esa.
Mati itu amat pasti
Kini, ku insafi kejahilan diri
Kembali bersujud kepada-Nya
Ingin ku kembali ke pangkal jalan Ilahi
Jalan kebenaran yang membawaku kepada redha-Nya
Ingin berpaling dari hidup yang bergelumang dosa
Namun ku tahu
Ku tak layak buat syurga-Mu
Tapi ku tak sanggup menanggung siksa neraka-Mu
Astaghfirullah..
Sesungguhnya hidupku kosong tanpa-Mu
Tanpa redha Yang Maha Kuasa
Ampunilah daku Ya Ghafur
Redhailah hidupku Ya Rahim
Masih adakah lagi secebis rahmat Ilahi buat hamba-Mu ini?
Masih adakah ruang untuk ku mengintai redha Ilahi??
Moga hidup dan matiku hanya untuk-Mu Ya Allah...
Hikmah Batu Kecil
Tuesday, 11 December 2012 - Labels: bala, Batu kecil, cerita hikmah, cerita islamik, hikmah, mengingati-Nya, motivasi, muhasabah diri, nikmat, pengajaran, rezeki - 0 Comments
Pada suatu hari, sedang asyik Amir menelaah pelajaran di bilik, dia terdengar sayup-sayup namanya dipanggil. Oleh yang demikian, dia keluar dari bilik dan mendapati cikgu Asyraf memanggilnya.Lalu, dia pun menyahut panggilan itu.
"Ada apa cikgu?"
"Saya hendak minta tolong sikit boleh?"
"Apa halnya cikgu?"
"Saya mehu awak beritahu Firdaus, saya nak senarai nama pelajar yang sakit pada hari ini.
"Baiklah cikgu, saya akan melakukannya sekarang."
Amir terus keluar dari bilik warden dan mencari Firdaus dari bilik ke bilik. Namun tidak juga ditemuinya. Dia memandang ke bawah dari tingkat dua untuk melihat kalau-kalau Firdaus berada di sana. Memang Firdaus berada di bawah. Firdaus sedang berborak-borak dengan rakan-rakannya yang lain. Dia menjerit-jerit memanggil Firdaus namun tidak didengarinya. Kemudian dia berfikir bagaimana cara untuk memanggil Firdaus. Lantaran itu, dia pun melontarkan syiling di hadapan Firdaus dengan harapan agar Firdaus memandang ke atas.
Kemudian Firdaus berkata, "Wei, duit turun dari langit lah! Rezeki aku ni", gurau Firdaus kepada rakannya yang lain. Dia kemudiannya mengambil syiling tersebut lalu dimasukkan ke dalam kocek seluarnya. Amir sekali lagi melontarkan syiling ke arah Firdaus. Dengan itu, Firdaus serta-merta berkata,"Hai, banyak rezeki aku hari ini! Tadi 20sen. Sekarang 50sen." Dengan perasaan bengangnya, Amir mengambil batu kecil lalu dilontarkannya ke arah Firdaus dengan harapan agar usahanya pada kali ini berjaya. Ia tepat mengenai ubun kepala Firdaus lalu Firdaus memandang ke atas. Oleh kerana terasa sakit, dia menempik dengan kuatnya," Celaka...!!!" Lalu dia memandang ke atas dan mendapati Amir berada di atas.
"Woi Amir! Kau ke yang baling batu ke kepala aku ni?!"
"Ya, aku yang membalingnya. Aku panggil kau tak dengar. Aku baling duit syiling, kau masukkan dalam poket. Aku baling batu baru kau nak pandang." Tempik Amir pada Firdaus.
"Apahal kau cari aku?"
"Cikgu Asyraf mahu senarai nama pelajar yang sakit hari ni."
Dalam perjalanan menghantar nama kepada Cikgu Asyraf, Firdaus terfikir, 'Syiling yang jatuh itu adalah nikmat dari Allah dan batu kecil yang dilontarkan itu adalah bala.' Kemudian dia berfikir lagi. 'Allah selalu memberi nikmat kepada kita namun, kita seringkali melupakan-Nya. Tetapi, hanya sekali Allah menurunkan bala kepada kita, sudah memadai untuk kita mengingati-Nya.
#Muhasabah diri (^_^)
Jadilah seperti Pensil??
Monday, 10 December 2012 - Labels: betulkan kesilapan, genggaman, hati yang ikhlas, hidup, motivasi diri, pencil, pensil, perumpamaan, think positively - 0 Comments
Seorang pembuat pensil mengambil sebatang pensil yang masih belum dibungkus ke dalam kotak. "Ada lima benda kamu perlu tahu," dia mula berbicara kepada pensil itu. "Yang perlu kamu ingat dan jangan sesekali lupa sebelum aku jual kamu kepada manusia lain untuk diguna supaya kamu akan menjadi pensil terbaik yang kamu boleh jadi."
- "Kamu boleh buat macam-macam benda, tetapi hanya jika kamu dipegang oleh seseorang."
- "Kamu akan merasa kesakitan yg perit bila diasah dari semasa ke semasa, tapi kamu perlukan itu untuk menjadi pensil yg lebih bagus."
- "Kamu akan sentiasa boleh membetulkan setiap kesilapan yg kamu buat."
- "Dan yang paling penting, kamu akan sentiasa menjadi diri kamu sendiri."
- "Di setiap permukaan kamu diguna, kamu pasti meninggalkan kesan. Tidak kira dalam apa jua keadaan sekali pun, kamu mesti terus menulis."
- "Kamu boleh buat macam-macam benda, tetapi hanya jika kamu membenarkan dirimu berada dalam genggaman Tuhanmu."
- "Kamu akan merasa kesakitan yg perit bila diasah dari semasa ke semasa, dengan melalui pelbagai rintangan dalam kehidupan, tetapi kamu memerlukannya untuk membuatmu menjadi manusia yang lebih kuat."
- "Kamu akan sentiasa boleh membetulkan setiap kesilapan yg kamu buat."
- "Dan yang paling penting, kamu akan sentiasa menjadi diri kamu sendiri."
- "Di setiap permukaan kamu diguna, kamu pasti meninggalkan kesan. Tidak kira dalam apa jua keadaan sekali pun, kamu mesti terus melaksanakan tanggungjawabmu."
~FREEDOM~ Wujudkah Ia?
Sunday, 9 December 2012 - Labels: amanah, freedom, hakikat, impian, kebebasan, selagi nyawa dikandung badan, situasi, tanggungjawab - 0 Comments
FREEDOM!! (atau dalam BM= Bebas). Itulah kalimah yg sering kita sebut atau rasa bila lepas dari segala kesukaran seperti setelah tamat belajar dan bekerja.
SITUASI 1 : Si Ibu selalu inginkan kebebasan daripada kebisingan dan kerunsingan yg melanda dirinya apabila sentiasa diganggu oleh anak-anak yg ingin bermanja dan kerenah Si Ayah yg selalu mengarah serta tugasan rumah yg berlambak.
SITUASI 2: Si Ayah selalu inginkan kebebasan daripada tekanan kerja yg berlambak, kerenah Si Ibu yg selalu merajuk dan gangguan anak-anak yg ingin merasa belaian Si Ayah setelah lama tidak bertemu.
SITUASI 3: Si Anak selalu inginkan kebebasan daripada kerja sekolah yg berlambak dan pelajaran yg merimaskan dan memeningkan serta ingin segera keluar dari alam persekolahan yg memenatkan.
Situasi-situasi tersebut boleh berlaku di mana-mana dan tak kira masa. KEBEBASAN. Itulah yg semua orang inginkan dalam dunia ini. Namun hakikatnya, itulah impian yg tak akan kesampaian. Jika diturutkan rasa keinginan itu, mungkin banyak keluarga yg akan porak-peranda. Itulah hakikat kehidupan yg Wajib dihadapi oleh seluruh manusia di muka bumi ini.
Kita takkan mungkin bebas selagi belum mendapat 'tiket' ke syurga. Puluhan tanggungjawab yg harus kita pikul dalam kehidupan ini. Tanggungjawab sebagai Hamba Allah, tanggungjawab sebagai Khalifah Muka Bumi ini, Tanggungjawab sesama makhluk, tanggungjawab sebagai anak, kakak, abang, ibu, ayah, menantu, cucu, nenek, datuk, pelajar, guru, dan banyak lagi. Tanggungjawab itulah yg harus kita pikul selagi nyawa dikandung badan.
Oleh itu, lenyapkanlah impian BEBAS mu itu dan teruskanlah hidup dengan memenuhi tanggungjawab yg telah diamanahkan Tuhan buat kamu yg bergelar Hamba.
Tanda Kecil Datangnya Kiamat
Saturday, 8 December 2012 - Labels: akhirat, Ibn Abi Syaibah, Sebelum kiamat, tanda-tanda kiamat, telemovie Maal Hijrah - 0 Comments
Sebelum hari kiamat itu benar-benar datang dan terjadi maka akan terdapatlah tanda-tanda yg berupa berbagai macam peristiwa dan kejadian. Hal ini sesuai dengan keterangan Hadis Rasulullah yg bermaksud:
- Seorang hamba sahaya perempuan dikahwini majikannya.
- Orang-orang miskin yg pekerjaannya mengembala kambing tiba-tiba menjadi pemimpin kpd orang ramai.
- Para pengembala bermegah-megah dgn tempat tinggal yg mewah.
- Ilmu agama sudah tidak lagi dianggap penting.
- Ilmu agama sudah tidak lagi difahami dan dipelajari orang
- Perbuatan zina tersebar dimana-mana kerana telah mendapat izin rasmi daripada pemimpin.
- Minum minuman yg memabukkan merupakan suatu kebanggaan.
- Jumlah kaum lelaki lebih sedikit daripada kaum wanita dgn perbandingan lima puluh berbanding satu.
- Banyaknya kejadian gempa bumi
- Orang saling fitnah-menfitnah.
- Banyaknya terjadi pembunuhan
- Banyaknya harta setiap orang hingga bingung untuk membelanjakannya.
- Orang-orang yg sombong menjadi ketua negara
- Tidak ada seorang pun yg ingin membantu orang yg mengamalkan agama.
- Ramainya orang bodoh yg rajin beribadah sehingga mudah dirayu oleh iblis
- Masjid dibangunkan dengan pelbagai keindahan tapi sunyi dari solat berjemaah
- Banyaknya hujan yg turun tetapi tumbuh-tumbuhannya sedikit.
- Ramai orang-orang soleh meninggal dunia
- Ramai anak derhaka kepada orang tuanya.
- Orang- orang bodoh dianggap benar dan orang-orang jujur tidak dipercayai
- Orang mudah merasa berat untuk mengeluarkan zakat
- Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan.
- Ramainya anak luar nikah
- Kitab suci al-Quran dihina dan diremehkan
- Dan lain-lain